Penjelasan
Mengenai Fitnah Terhadap Raja Nong Chik.
Ini bukan
isu baru tetapi telah ditimbulkan pada bulan MEI 2012, ISU BASI.
Istijuara
Sdn Bhd dapat Surat Niat (Letter of Intent) untuk membekal, memasang dan
menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar
Penawar, Johor dari KBS pada tahun2006.
Pada masa itu, Dato' Raja Nong Chik TAKDA sebarang pegangan saham dalam
Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas daya
usaha mereka sendiri.
Dato’ Raja
Nong Chik BELI Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007 dan letak di bawah nama
anaknya. Dato’ Raja Nong Chik BELUM jadi Menteri waktu. Adakah menjadi satu
kesalahan seorang ahli perniagaan
membeli saham mana-mana syarikat?.
Dato’ Raja
Nong Chik jadi Menteri pada tahun 2009.
Kompleks
IKBN Bandar Penawar siap pada 2010. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter
of Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru
keluar Surat Tawaran? Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan
adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada tahun
2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya
tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun
2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of date!
Ini adalah Standard Operating Procedure (SOP) perolehan Kerajaan.
Kesimpulannya?
Kontrak
Istijuara dikeluarkan oleh Kementerian Belia & Sukan, tiada kena mengena dengan
Dato’ Raja Nong Chik kerana KEMENTERIAN YANG BERLAINAN.
Manakala Istijuara
Sdn Bhd mendapat kontrak pun tiada kena-mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik
kerana dia BUKAN PEMEGANG SAHAM waktu Istijuara mendapat kontrak.
Apa hal pembangkang
nak kecoh-kecoh kononnya ada salahguna kuasa?
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment