Tuesday, May 14, 2013

Perhimpunan Besar-Besaran (PRU13) Tumbang & Gulingkan Kerajaan Barisan Nasional Sebelum Akhir 2013!


Gambar Perhimpunan PRU13

Kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang terlibat secara langsung bagi menentukan halatuju negara dengan cara mengundi pada 5 Mei 2013 sudah pun sedia maklum yang Barisan Nasional berjaya untuk terus kekal memerintah bagi penggal 5 tahun seterusnya daripada sekarang.

Walaubagaimanapun, tidak sampai 2 minggu selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan, kalangan yang pro Pakatan Rakyat telah melaungkan semboyan buat pertama kalinya untuk…..

Untuk menumbang & menggulingkan kerajaan Barsian Nasional sekarang ini melalui perhimpunan secara besar-besaran. Itu antara perancangan kalangan pro Pakatan rakyat. Setakat ini, belum ada lagi pengumuman & kenyataan rasmi yang keluar daripada kalangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat

 Demo PRU13
 Demonstrasi PRU13
 Sumber : Free Malaysia Today

Bagi pendapat kami, tidak usahlah menggunakan mekanisme yang sebegini rupa untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan. Natijahnya, jikalau ini berlaku, apakah penyokong dan pimpinan Barisan Nasional akan berdiam diri? Akhirnya siapa yang ruginya? Begitulah juga jika berlaku sebaliknya…

“Masing-masing akan cuba jatuh-menjatuhkan dengan cara sebegini rupa”

Dalam politik, perkara biasalah akan ada pertembungan idelogi dan fahaman sehingga akhirnya menyebabkan kalangan rakyat Malysia memilih parti mana yang dirasakan sesuai dengan aspiarasi yang diimpikannya untuk dirinya dan juga negara. Tidak kisahlah bukan? Bukankah itu demokrasi namanya? Masing-masing ada hak untuk memilih.

Tidak kiralah anda menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Tetapi…..seandainya, anda tidak menyokong kerajaan yang ada sekalipun, cara menumbangkan sesuatu kerajaan dengan cara sebegini rupa (riot ataupun demontrasi sehingga tumbangnya kerajaan) bukanlah langkah yang betul dan terbaik.

“Gunakanlah saluran yang betul”

Bukankah lebih baik, apabila keputusan PRU13 telah digazetkan, hantarkanlah petisyen bagi membantah keputusan PRU13 yang dirasakan berlakunya penyelewengan berserta bukti-bukti sahih yang boleh menyokong dakwaan-dakwaan yang sedang bertebaran di Internet ketika ini. Usahlah terburu-buru ketika membuat keputusan. Insyalalah jika berfikir dengan pertimbangan baik, pastinya akan ada jalan penyelesaiannya…..Apa pendapat anda pula?

P/S : Wajarkah diadakan perhimpunan bagi menjatuhkan kerajaan sekarang apabila anda melihat keputusan Pilihanraya Umum ke 13 berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian anda setakat ini? Mengapa?

Sumber : Berita Semasa


No comments:

Post a Comment