Khas buat MACAI MACAI yang masih lagi percaya yang undi mereka
akan membawa ke syurga. Juga kepada yang percaya bahawa satu undi kepada PAS
adalah satu undi untuk Islam. Kenyataan terbaru Brader Kit ini sepatutnya
menyedarkan anda semua dari mimpi indah Pakatan Haram.
Anda semua perlu sedar bahawa SATU UNDI kepada PAS dan calon
Melayu PKR, adalah satu undi bagi menggadaikan masa depan Islam kepada musuh
Islam itu sendiri! Apa yang PAS boleh UBAH jika bertanding pun tidak sampai 1/2
kerusi Parlimen?!! Hendak harapkan EHSAN DAP dan PKR sama-sama BERSETUJU untuk
laksana HUDUD dan ISLAM?!!
Ya, pada 5 Mei ini, jom kita sama-sama UBAH! Ubahlah
daripada memberi undi kepada PAS selama ini kepada memberi undi protes anda
kepada BN. Mana yang lebih anda semua sayangkan, Islam atau PAS?!! Jika anda
sayangkan PAS pun, undi protes anda kepada BN pada PRU kali ini akan
menyedarkan kepimpinan parti anda untuk kembali semula kepada perjuangan Islam
yang tulen.
Ayuh, kita semua mampu melakukannya!
Sedutan dari :MyMassa
No comments:
Post a Comment