Friday, May 24, 2013

PRU13 : Guru Pembangkang Langgar Peraturan Dan Salahguna Kuasa


Guru-guru penyokong tegar pembangkang  telah menghasut murid-murid dan ibubapa dengan menggunakan laman social  Facebook, Twiter dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memfitnah kerajaan Barisan Nasional.  Manakala guru-guru yang lebih ekstrem telah bertindak lebih melampau dengan mengenakan denda dan rotan terhadap murid-murid yang dikesan ibubapanya penyokong Barisan Nasional. Kementerian Pelajaran diminta menyiasat semua kes ini dengan lebih terperinci dan mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap guru-guru yang telah melanggar peraturan dan menyalahgunakan kuasa.


Sesungguhnya mereka ini tidak layak menjadi jentera pendidik negara. Konsep dan tanggungjawab mendidik telah jauh terpesong dari matlamat yang sebenar. Murid-murid merupakan generasi yang perlu diberikan didikan yang betul dan tepat bagi memastikan negara dapat menghasilkan rakyat dan bakal pemimpin masa depan yang berkualiti dan berwibawa.


 

Menurut   laporan terdapat guru-guru yang telah memfitnah dan mempertikaikan keputusan PRU13 berhubung dakwat kekal, menyatakan ada ‘black-out’, bawa lari peti undi, bawa masuk pengundi Bangladesh dengan kapal terbang dan sebagainya.

Kebanyakkan petugas sementara SPR merupakan guru-guru  di sekolah yang merupakan pusat mengundi. Kita dapat lihat dengan jelas terutamanya guru-guru di sekolah Cina telah bertindak berat sebelah dengan cuba mempengaruhi pengundi dan memanipulasikan proses pengiraan undi. Mereka seboleh-bolehnya cuba merosakkan kertas undi yang memangkah Barisan Nasional.  Tambahan pula guru-guru sekolah Cina ini seolah-olah terlalu akur dan patuh kepada agen pemerhati dari DAP dan PKR. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam bagi memastiklan DAP tidak mempergunakan petugas sementara SPR yang merupakan guru sekolah Cina untuk menghasut  agenda penaklukan Malaysia sebagai negara milik  Cina sepenuhnya.

Proses pilihanraya Negara kita sememangnya merupakan antara yang terbaik di dunia. Memandangkan Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri maka beliau yang arif mengenai  proses Suruhanjaya Pilihanraya ini telah berusaha memanipulasikan segala peluang dengan mencipta keraguan yang tidak munasabah. Ini semata-mata memenuhi agenda kerakusan kuasa mereka mahu memerintah Negara dan pada masa yang sama mahu membunuh demokrasi berparlimen Negara kita. Maka semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab harus memastikan agenda jahat pembangkang ini dapat kita haling sepenuhnya. Demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment