Sunday, May 12, 2013

SPR Perlu Saman 21 Rakyat Malaysia Yang Memfitnahnya Di Singapura

Singapore 1

Oleh Zul Rawi & Kunta Kinte Melaysia

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memulakan saman malu ke atas sekumpulan 21 rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura kerana didakwa berhimpun secara haram kerana membantah keputusan Pilihan Raya 2013.  Tindakan mereka menuduh terdapat penipuan dalam pilihan raya umum ke 13 merupakan satu fitnah dan bertujuan menjatuhkan maruah dan kredebiliti SPR.

Semalam, sekumpulan rakyat Malaysia yang majoritinya berbangsa Cina telah ditahan sekitar jam 4.50 petang kerana berhimpun secara haram di Merlion Park.

Tindakan mereka ini jelas sengaja mahu menimbulkan provokasi di negara luar seolah-olah ingin menunjukkan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang penipu dalam mengendalikan pilihan raya.

Sedangkan sehingga hari ini tiada satu pun bukti penipuan dikemukakan. Cerita-cerita “black-out” dan  ”pengundi hantu” dan telah banyak dibuktikan palsu dan direka-reka.

Kesemua 21 orang yang ditahan di Singapura tersebut perlu dipanggil pulang mempertahankan diri mereka di Mahkamah atau tarik sahaja kerakyatan mereka.




No comments:

Post a Comment