Bekas Naib Presiden
Indonesia, Yusuf Kala datang lagi ke Malaysia untuk menjalankan misi
menyelamatkan lubang punggung dan batang tengkuk Anwar Ibrahim.
Kalau kali pertama dulu
(April lepas), Yusuf Kala telah diminta secara peribadi oleh Anwar Ibrahim
untuk berunding dengan Najib Abdul Razak agar tidak menangkap dan menahannya
dalam penjara kerana kes Lahad Datu, misi kali ini juga juga membabitkan kes
yang sama.
Mengapa agaknya Anwar
takut sangat kalau benar dia tidak terlibat? Dan adakah itu sebenarnya yang
menjadi punca mengapa Anwar begitu kelam-kabut dan terpaksa mengadakan siri
himpunan tunjuk kuat yang dianggotai bermajoritikan anak-anak muda Cina?
Rakyat sebenarnya tidak
bodoh sebagaimana yang difikirkan oleh Anwar dan konco-konconya. Taktik-taktik
yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya sudah tidak laku lagi. Bahkan
lebih menjerat dirinya ke dalam jerat yang dia sendiri pasang.
Sekaligus menunjukkan
bahawa Anwar Ibrahim tidak layak diberikan segala tolak ansur dan lembut hati.
Anwar perlu dilayan sebagai bekas banduan yang tidak serik-serik dengan
kelakuan curang dan khianat.
Anwar telah diberikan
peluang untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukannya, namun apa yang
dilakukannya selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan liwat dan
salahguna kuasa - walaupun sebenarnya kerana rayuan ibunya kepada Perdana
Menteri pada waktu itu - adalah melakukan kerosakan lebih besar dalam cubaannya
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Justeru, diharapkan Najib
tidak akan lembut hati dengan pujukan Yusuf Kala kerana Anwar tidak pernah
berminat untuk berdamai, sebaliknya sekadar ingin menyelamatkan punggungnya
daripada natijah perbuatannya sendiri.
No comments:
Post a Comment