Naib
presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima
sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke
negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Beliau yang
baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada
golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi
membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.
Sangkakala
rasa ada betulnya apa yang Datuk Seri Zahid katakan tu, sebab kita amalkan
sistem pilihanraya yang sama sebanyak 12 kali sebelum ini dan tidak ada
pertikaian yang membabitkan sistem pilihanraya.
Namun
pilihanraya pada kali ini telah di manipulasi oleh Anwar Ibrahim dengan
mengatakan bahawa beliau lebih popular daripada Perdana Menteri, Anwar ingat
dia popular dia layak untuk jadi Perdana Menteri ke? Itu cara pemilihan
presiden Amerika, bukan cara pilihanraya kita.
Pemimpin-pemimpin
parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina
dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda
protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut
undi popular.
Jika
golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote
seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka
berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik
mereka.
Malaysia
tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan
dalam sistem Westminster.
Pakatan
Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan
pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.
Golongan
penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem
politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam
perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.
Para
pengikut pakatan pembangkang juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan
penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post
yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
Perhimpunan
haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari
daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment