Saturday, June 8, 2013

Apabila Guan Eng 'masuk bakul, angkat sendiri'...!!! Jentera pilihanraya DAP adalah yang terbaik sekali?


“DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari,” kata Lim Guan Eng mengupas rahsia kejayaan partinya dalam PRU13.

Ulasan kandungan surat terbuka Lim Guan Eng kepada ahli-ahli partinya sempena kejayaan DAP dalam pilihanraya

“Kempen gerakan rakyat” — DAP akan menggembleng tunjuk sokongan oleh para pengikutnya. Ahli dan penyokong DAP akan bergerak untuk menuntut pilihanraya yang “bersih, bebas dan adil”.

Parti itu juga akan membawa desakan mereka ke forum antarabangsa di samping memfail cabaran di mahkamah untuk mempertikaikan kerusi-kerusi yang dimenangi BN.

Guan Eng mendakwa BN sebenarnya telah menang melalui “penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara”.

 

Kubu kuat DAP

Hampir satu-perlima kerusi DUN sekarang menjadi milik DAP. DAP kini mempunyai 107 orang Adun – 95 yang dipilih melalui PRU13 dan 12 Adun sedia ada yang telah menang pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011) – daripada sejumlah 576 orang Adun-Adun kesemuanya di seluruh negara.

Seterusnya Lim Guan Eng menganggap Pulau Pinang dan Selangor sebagai “negeri-negeri kubu kuat” DAP.

Parti pemerintah yang diketuai setiausaha agung DAP itu telah meraih 68 peratus undi popular – satu lonjakan berbanding 2008 – di Pulau Pinang dalam PRU13.

 

“Yang paling bersedia dari segi organisasi”

Guan Eng turut mendakwa bahawa BN telah “menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi pilihan raya umum”.

Namun begitu, taktik kotor BN dapat dipatahkan oleh DAP yang jenteranya “dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari”.

Keberkesanan respons adalah hasil daripada prestasi jentera pilihanraya DAP sebagai yang terbaik dan “yang paling bersedia dari segi organisasi”, jelas Guan Eng.


 
Sandiwara DAP untuk dapat undi simpati! Kesian  Betty telah dipermainkan dan ditipu 
oleh suami dengan skandal ???

Betty Bald meraih undi simpati

Menurut Guan Eng, kempen Go Bald To Protest Money Politics oleh DAP “sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar”.

Tambah Guan Eng lagi, kempen tersebut telah berjaya “memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN” apabila ramai wanita di seluruh negara amat bersedih melihat isterinya membotakkan kepala.

Liputan bersimpati peristiwa tersebut oleh akhbar arus perdana yang paling laris jualannya mendorong kaum Hawa agar “terus memasang azam untuk menghukum BN”.

 
Skandal Guan Eng

Minoriti paling lantang di dunia

Guan Eng menuduh pentadbiran Najib sebagai “kerajaan minoriti BN di Putrajaya”, Najib Razak sebagai “Perdana Menteri minoriti BN” dan Zambry Abdul Kadir sebagai “Menteri Besar minoriti BN di Perak”.

Mengikutnya, BN yang telah “kalah” PRU13 sedang bertindak balas “tidak rasional” dengan menaikkan sentimen perkauman dan ekstrimisme bagi mengalih perhatian orangramai daripada kepincangan-kepincangan yang menyelubungi parti lapuk tersebut.

Dalam pada itu, kekalahan lawan membuka ruang bagi DAP mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BN”.

Sebagai perancangan masa depan, Guan Eng memaklumkan bahawa semua wakil rakyat DAP sudah diarahkan untuk menubuh pusat perkhidmatan di kawasan masing-masing.

Surat terbuka Guan Eng  yang disiarkan di RoketKini!

Dengan masalah dalaman DAP, Guan Eng masih sempat hendak menipu kepada para pengundi dan penyokong DAP. Baca sini dan di sini.

Kenapa Guang Eng takut? Baca di sini.


Guan tuduh BN telah menang melalui “penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara”. Bagaimana pula dengan pengundi hantu dari China? Sila baca di sini? Berapa ramai pengundi Cina bila ditanya semasa mengundi langsung tak tahu cakap Melayu? Siapakah mereka yang sebenarnya! Tidak hairanlah undi untuk DAP naik mendadak ditempat-tempat yang telah ditetapkan?


Baca seterusnya :Di sini



No comments:

Post a Comment