Wednesday, June 5, 2013

Bongkar Putar Belit Dan Agenda DAP

guan eng1

rallyKJ_SarahSofian-346x580

DAP telah membentuk pakatan Kristian yang membenci Kerajaan Barisan Nasional. Majoriti ahli Parlimen DAP terdiri dari penganut Kristian. 7 kerusi yang diduduki oleh DAP di Sabah dan Sarawak bersandarkan kepada kekuatan Undi Cina Kristian. Modus operandi utama DAP merupakan gereja-gereja di seluruh Negara. Api perkauman dan hasutan keagamaan di tiup kencang di dalam gereja.

Kerakusan dan fanatik melampau yang berjaya dicipta oleh DAP dikalangan Cina Kristian telah menyebabkan mereka begitu berkobar-kobar untuk memberontak. Keputusan PRU13 diumumkun pada 6 Mei. Pada 8 Mei Himpunan besar-besaran “Blackout 505” telah diadakan di Kelana Jaya, Majoriti yang menghadiri himpunan tersebut adalah bangsa Cina. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa bangsa Cina sememangnya sudah tidak sabar-sabar untuk memberontak.


DAP telah sengaja mencipta apa sahaja isu untuk melawan kerajaan Barisan Nasional sejak keputusan PRU13 diumumkan. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah menjalankan provokasi tanpa henti.  Mereka berjuang habis-habisan untuk memutarbelitkan kebenaran.


Kenyataan Akhbar Guan Eng dalam bahasa Inggeris untuk memutarbelitkan kebenaran seperti di bawah :

Excerpts:

(1) “The latest action by ROS against DAP implying possible deregistration and Immigration Department’s ban of Lembah Pantai MP Nurul Izzah from entering Sabah shows that BN is willing to abuse its powers with LIES and false charges.”

(2) “DAP condemns Registrar of Societies (ROS) director Abdul Rahman Othman for making OUTRIGHT LIES that over 700 DAP delegates were denied their right to vote during the party National Congress last year, because they were not notified. I have never seen a senior government servant openly LIES without any sense of shame when ROS …”

(3) “Clearly he is unqualified to be ROS director when he is a LIAR and a willing tool of Umno and BN.”

(4) “DAP express disgust that the police is conniving with Utusan Malaysia to conduct a witch hunt with baseless allegations and LIES of a cyber army paid by DAP, known as the Red Bean Army …”

(5) “Clearly these LIES of a Red Bean Army able to overthrow a government through writings in the internet is to create fear …”

(6) ” … (CEC) will be holding an emergency meeting next Wednesday night at DAP headquarters to discuss the future course of action against the latest LIE and attack by ROS director, which DAP sees as setting the ground and conditions to deregister the DAP.”


Guan Eng telah bertindak menyerang  Pengarah ROS Encik Abdul Rahman Othman dan Kerajaan Barisan Nasional di atas kesalahan yang  DAP lakukan.  Sedangkan kebenarannya   berlandaskan kepada  siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Dis lalu. Keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.


Ianya juga bukan sekadar  menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut.  Isu yang cukup panas di sini juga kerana pengiraan undi yang salah dengan banyak yang kononnya kerana kesilapan teknikal. DAP boleh dinobatkan sebagai Raja Putar Belit setaraf dengan Anwar Bin Ibrahim.

Baca seterusnya : Di sini


No comments:

Post a Comment