Tidak lama lagi persidangan
agung tahunan UMNO pun akan berlangsung. Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya,
kita akan mendengar teriakan hebat, laungan penuh semangat dan iltizam yang
kalau diterjemahkan, mampu mencabut Tur Sina sampai ke akar-akarnya. Kita juga
akan mendengar segala macam pujian, saranan, kritikan bahkan pemujaan melampau
sepertimana Anwar memuja Mahathir dalam setiap ucapannya sewaktu masih menjadi
Timbalan Presiden UMNO dahulu.
Namun seperti biasa jugalah
semua semangat membela Melayu dan Bumiputera itu hangat di dalam Dewan Merdeka
sahaja. Selepas keluar dari Dewan dan selepas tamatnya persidangan maka
puak-puak yang berucap sampai nak terkeluar anak tekak itu kembali semula
merangka untuk diri sendiri dan puak yang menyokongnya serta kaum kerabat
masing-masing. Dua tahun lagi laungan, teriakan dan semangat Melayu-Bumiputera
dan mereka sahajalah yang sangat Melayu, akan kembali kedengaran.
Sebanyak 13 kali mandat telah
diberikan kepada UMNO untuk terus menjadi peneraju kerajaan menerusi
gabungannya dengan parti-parti yang lain. Kalau sebelum ini, UMNO kelihatan
sangat terhutang budi dengan MCA dan MIC yang mewakili teras penyokong
masing-masing, kali ke13 menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hanya disokong
oleh Melayu-Bumiputera.
Banyak perkara yang telah UMNO
lakukan dari tahun 1955 sehingga sekarang. Banyak juga kesilapan yang telah
dilakukan. Dari sebuah parti yang berorientasikan kekampungan, yang menyediakan
latihan mahupun bantuan kepada orang kampung yang merupakan penyokongnya
termasuklah kelas masak memasak dan jahitan, sekarang ini UMNO lebih banyak
bercakap tentang golf, tentang hotel lima bintang, tentang projek ratusan juta
dan tentang usahasama dengan orang asing yang dikatakan lebih menguntungkan.
Bahkan sehingga ada pemimpin UMNO sendiri yang melabelkan orang
Melayu-Bumiputera tidak mempunyai daya saing dan berpengalaman sehingga
membuatkan mereka memilih chinabeng sebagai rakan kongsi.
Puak korporat Melayu, ramainya
menjadi KEPARAT Melayu. Setelah mereka naik dan diletakkan ke jawatan atau
kedudukan yang baik, bukan mereka hendak pulangkan semula jasa bakti
Melayu-Bumiputera yang telah menghantar mereka pada kedudukan itu, sebaliknya
ramai yang mendabik dada, mereka berada dalam kondisi terbaik kerana usaha
mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka amat bergantung kepada projek
Kerajaan Pusat dan kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana status
Bumiputera.
Lebih malang lagi bila ada
manusia Melayu seperti NAZIR RAZAK dan CEO AIR ASIA X yang mula bercakap
tentang RASIS dan cuba membuktikan liberalnya mereka dan tidak bergantungnya
mereka kepada status Melayu yang ada pada diri. Tanpa sedikit pun terhutang
budi kepada jasa Melayu-Bumiputera yang ada pada mereka, manusia seperti ini
ibarat melumur tahi ke muka sendiri kerana cuba mengajar masyarakat tentang
liberalisme.
Walhal sebarang kedudukan dan
kemewahan yang mereka kecapi sekarang merupakan hasil bantuan UMNO dan Barisan
Nasional. Mereka sendiri tiada keupayaan untuk bernafas dengan sendirinya
jikalau UMNO dan Melayu-Bumiputera tidak cukup RASIS sebagaimana yang mereka
malukan!
Begitu jugalah dengan
pemimpin-pemimpin UMNO. PRU13 telah membuktikan tanpa Melayu-Bumiputera, mereka
sekarang ini hanyalah pengemis politik yang menadah tempurung di sana sini
sambil berkongsi nostalgia. Masa sudah sampai untuk mereka membalas budi
Melayu-Bumiputera yang selama 56 tahun hanya melihat bagaimana para pemimpin
UMNO bertukar menjadi sesumpah yang cakap mereka tentang Melayu-Bumiputera
hanyalah apabila mereka ada kepentingan dan pada waktu lapang. Sedangkan
apabila mereka berkuasa, yang mereka pandang, yang mereka pegang, yang mereka
percayakan adalah bukan Melayu-Bumiputera.
Kalau anda rasa mahu menyanggah
kenyataan ini, cuba anda tanya setiap pemimpin UMNO, rumah mereka yang
diubahsuai, siapakah kontraktornya... Bengkel kereta atau pusat servis
kenderaan milik siapakah yang mereka jengah... Kedai pakaian milik siapa yang
mereka paling gemari.... Beras keluaran syarikat mana yang mereka gunakan...
Sekolah manakah yang menjadi pilihan untuk anak masing-masing....
Sembang sahaja tak guna. Jangan
jadi macam PAS... Masa muktamar, masa ceramah, masa kempen, merekalah Islam.
Amalan mereka sahajalah yang Islam, tetapi apabila time praktikalnya, merekalah
yang paling munafiq sepertimana tahaluf siyasi mereka dengan DAP dan PKR
mahupun keputusan yang amat mudah berubah...
UMNO perlu ingat, liang lahad
sudah siap untuk UMNO... Kafan juga sudah tersedia. Bahkan kapur barus dan air
mawar termasuklah payung kertas juga sudah tersedia. Hanya menunggu UMNO mati
sahaja... Jangan salahkan Melayu-Bumiputera kalau mereka sendiri yang
mentalqinkan UMNO dan manusia seperti Nazir Razak akan bercempera lari ke luar
negara bagaikan kera putus ekor!
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment