MCA
memperolehi 18 kerusi (7-Eleven) dalam PRU13.
Daripada
7 kerusi Parlimen MCA, 6 adalah majoriti Melayu ataupun lebih ramai
pengundi Melayu daripada pengundi Cina.
Daripada
11 kerusi DUNnya, 9 adalah majoriti Melayu ataupun lebih ramai
pengundi Melayu daripada pengundi Cina.
Maka
sejumlah 15 daripada 18 kerusi MCA (ataupun 83.3%) adalah terletak di
kawasan Melayu luar bandar yang diperli sebagai “conservative
rural core”
parti Umno oleh seorang kolumnis The
Star baru-baru
ini.
Carta
pai di bawah memaparkan pecahan etnik pemilih di kerusi-kerusi yang
dimenangi MCA. Warna biru menandakan kaum Melayu dan warna merah
menandakan kaum Cina.
Nama
tempat pun berbunyi kekampungan, umpamanya Bemban, Gurun dan Machap,
dan bukan berbaur canggih macam Mont Kiara. Sudah pasti para pengundi
yang telah memberi sokongan kepada MCA adalah pembaca Utusandan
bukannya pembaca The
J-Star.
Kawasan-kawasan
DUN dipegang MCA
INGAT:
Biru
— Melayu
Merah
– Cina
Kaum
‘Lain-lain’ di Chenderiang adalah orang asli.
Hanya
dua kerusi DUN milik MCA yang mempunyai lebih ramai pengundi Cina
berbanding Melayu, iaitu Machap dan Paloh.
Itupun
bilangan golongan Cina mengatasi golongan Melayu 2% – 5%
sahaja (lihat
carta pai bawah).
Di
bawah pula ialah carta pai bagi kerusi Parlimen yang dimenangi MCA.
Hanya
Labis sahaja yang bukan majoriti Melayu.
Anak
Chua Soi Lek yang diwasiatkan kerusi bapanya telah mendapat 15,821
undi manakala calon DAP mendapat 15,468 undi daripada sejumlah 32,026
orang Johor keluar mengundi.
Chua
Tee Yong menang dengan majoriti tipis 353 undi.
Sumber
carta pai: http://undi.cari.com.my
Bentong
mempunyai 44.6 peratus pemilih Melayu dan 43.9 peratus pemilih Cina.
Bekas
Menteri Kesihatan MCA Liow Tiong Lai berjaya mengalahkan calon
anti-Lynas DAP, Wong Tack, dengan majoriti kecil 379 undi dan itupun
kerana Menteri Besar Pahang Adnan
Yaakob sayangkan telinganya.
Sementara
itu kalau bukan kerana sokongan orang India, tentunya anak Dr Chua
itu akan kalah juga. Itupun The
Star sengaja
enggan menghebahkan pesanan yang dikeluarkan Hindraf agar kaum India
menyokong penuh BN. (Labis mempunyai sebanyak 15% pemilih India).
Sekarang
cuba kita lihat sama ada The
Star telah
memberi liputan yang positif ataupun cukup memuaskan kepada kempen
MCA.
J-Star evangelista
Di
bawah ialah jadual kekerapan disiarkan rencana di dalam akhbar The
Star yang
menyebut nama-nama Adun MCA / DAP.
Angka-angka
yang tercatat adalah diperolehi daripada hasil carian Google untuk
tempoh ‘Past Year’ dalam laman
sesawang http://www.thestar.com.my – lihat
contoh screenshot, atas.
Geng Hannah dipromo oleh J-Star
Cuba
lihat pada nama Datuk Lau Lee, Dr Leong Yong Kong, Fong Koong Fuee
dan Lai Meng Chong. Masing-masing menjadi Adun MCA dalam kedua-dua
PRU12 dan PRU13, bermaksud mereka incumbent yang
berjaya mempertahankan kerusi mereka.
Dalam
tempoh setahun lepas ini, nama Datuk Lau Lee hanya muncul di dada
akhbar The
Star sebanyak
16 kali, Dr Leong sebanyak 11 kali, Fong Koong Fuee (14) dan Lai Meng
Chong (5).
Cuba
bandingkan dengan politikus muda dan muka baru DAP yang pertama kali
bertanding pilihanraya iaitu dua orang evangelista — Rajiv
Rishyakaran dan Yeo Bee Yin.
Rajiv
sebelum itu bertugas sebagai pembantu khas Hannah Yeoh dan Bee Yin
sebagai pegawai khas Tony Pua serta juru strategi media sosial DAP.
Rajiv
diberi liputan menerusi 32 buah rencana dan Bee Yin, 39 rencana
dalam The
Star menjangkaui
tempoh yang sama.
Perhimpunan agung MCA dibenamkan
Scan
di atas menunjukkan muka depan The
Star pada
20 Okt 2012.
Wanita
yang menghiasi muka depan suratkhabar milik
MCA itu ialah Vivian Lee — “seks blogger” yang dilonjakkan
sebagai selebriti mi segara oleh The
Star untuk
dijadikan ikutan para remaja.
Memang The
Star mahu
mengembangkan budaya gila glamer Gereja City Harves
MCA berjanji berjuang bermati-matian
Pada
hari minggu yang sama, MCA telah mengadakan perhimpunan agung mereka
di mana Dr Chua telah menyeru ahli-ahli partinya supaya:
“MCA members should “talk and think about defeating Pakatan Rakyat at breakfast, lunch, dinner and supper.”
Perhimpunan
tahunan MCA di mana presidennya yakin “the
entire party was united to go all out to defeat the DAP”
tidak diberi liputan muka depan oleh The
Star.
Sebaliknya
terpampang di muka depan The
Star ialah seks blogger Vivian Lee yang merupakan seorang
penyokong pembangkang yang juga tidak segan silu untuk memperlekehkan
bendera BN.
Berita
perhimpunan MCA itu – yang merupakan mesyuarat agung parti terakhir
sebelum pilihanraya diadakan – nyata ditenggelami oleh
laporan-laporan sensasi oleh The
Star tentang
Vivian dan pasangannya Alvin.
Jikalau
jentera media sendiri tidak mengendahkan tuanpunya tetapi sebaliknya
menumpu perhatian kepada seks blogger (melambak-lambak cerita yang
diolahThe Star tentang pasangan Vivian dan Alvin), adakah
orangramai mungkin akan boleh teruja dengan MCA?
Ketika
bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen melawat ke Jonker Walk pada awal
tahun ini, beliau disambut dengan pekikan ‘boo’ oleh khalayak
umum yang menghadiri sebuah acara keramaian Tahun Baru Cina.
Tidak
syak lagi bahawa orang Cina menolak MCA secara total.
Hampir semua undi yang diraih MCA datangnya daripada pengikut setia
BN kaum Melayu, India mahupun orang asli.
Sedang
akhbar milik MCA gila mempromo Malaysian Malaysia, adakah parti itu
pula akan menampakkan lebih kesungguhan dalam menjaga hal-ehwal
kelompok-kelompok yang telah memberi undi ikhlas kepada parti itu?
Wajar
MCA memulakan usaha supaya kelihatan sedikit prihatin dengan
menghormati penggunaan bahasa kebangsaan. Jangan asyik pasang
cogankata dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris sahaja. Ingat,
wakil-wakil kamu 83.3 peratus dilantik oleh orang Melayu.
Yang Umno bodoh sangat bagi kerusi parlimen majoriti Melayu pada Mca apahal? Umno tidak tahu ke mca tu kawan dap sebenarnya. Umno tidak sedar lagi ke semua ini permainan jahat orang cina? Umno tdk sedar lagi ke Mca melalui soi lek hanya bermain wayang menipu Najib bahawa mca akan kalahkan pembangkang pd pru 13 tetapi sebaliknya Umno hampir jadi parti pembangkang pada pru 13.
ReplyDelete