Saturday, June 8, 2013

Protes Di Turki : Pemimpin PKR ‘Bisu’?



Media antarabangsa melapurkan berlakunya gelombang protes jalanan anti kerjaan untuk 6 hari berturut-turut di Istanbul dan Ankara, Turki dan beberapa bandaraya utama dunia.

Ini berikutan pada asalnya penentangan warga Istanbul terhadap rancangan kerajaan untuk pembangunan sebuah taman di pusat kota Istanbul dan kemudian merebak menjadi protes anti kerajaan di beberapa bandaraya utama Turki.

Media melaporkan beribu-ribu rakyat Turki telah mengadakan demonstarsi terbesar di Lapangan Taksim, di tengah kota Istanbul sejak 10 tahun bagi mengatakan bantahan terhadap pemerintahan perdana menteri Recep Taiyib Erdogan dari Pari Keadilan dan Pembangunan (dalam bahasa Turki — Adalet Kalkinma Partisi (AKP)

 

Lebih 1,500 orang telah ditangkap dalam demonstarsi tersebut di mana pihak polis dilaporkan menggunakan kekerasan, pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyurai demonstrasi tersebut.

Rakyat Turki menganggap Taiyib Erdogan seorang pemerintah fasis dan mula kelihatan sebagai seorang diktaktor.

Ramai kalangan ahli PKR bertanya-tanya kenapa tiada seorang pun pemimpin atasan PKR yang “berani” memberikan sebarang komen tentang kekasaran pihak berkuasa Turki menyuraikan protes tersebut dimana dilapurkan ramai yang tercedera.


 

Adakah kerana Anwar Ibrahim begitu rapat dengan Erdogan dan PKR sendiri mempunyai hubungan erat dengan parti AKP hingga mereka “bisu” terhadap kekejaman regim Erdogan terhadap rakyat Turki yang berdemo di Lapangan Taksim tersebut.

Kita sedia maklum beberapa pimpinan atasan PKR begitu taksub kepada parti AKP hinggakan penggunaan bas kempen parti yang digunakan oleh Anwar dalam siri kempen “Jelajah Merdeka Rakyat” ditiru (fotokopi) dari bas AKP.


Kita tidak mahu pimpinan PKR bersikap dwi standard. Begitu lantang bersuara terhadap tindakan keras pihak polis terhadap demonstrasi Bersih 2 dan 3, tetapi “menikus” terhadap tindakan keras Erdogan di Lapangan Taksim!

Baca seterusnya : Di sini


No comments:

Post a Comment