Friday, July 5, 2013

Akaun Bank Luar Negara: Anwar Tak Pernah Kata Tak Ada!!

wsj+anwar

HUKUM baru pembangkang zaman ini, dibolehkan menuduh tanpa tunjuk bukti.  Begitulah kisahnya dalam banyak kes membabitkan pelbagai dakwaan pembangkang terhadap kerajaan seperti pengundi hantu bangla 40k, pembunuhan Altantunya melibatkan Perdana Menteri, Blackout dan sebagainya, semuanya dilempar macam itu sahaja, tanpa ada bukti.

Bercakap tentang Blackout, perhimpunan pada 22 Jun terpaksa diubah kepada Black 505 sahaja kerana jentera propaganda pembangkang dapati isu tersebut tidak dipercayai sesiapa. Hanya segelintir yang memaksa diri untuk percaya perkara tersebut kerana terdesak mencari alasan untuk menentang kerajaan dan menyokong pembangkang.

Pun begitu, tak pulak penulis lihat ada sesiapa yang kelam kabut menuduh pembangkang menipu walaupun jelas memang mereka menipu, atau paling tidak meminta dihadapkan ke jawatankuasa Parlimen dan sebagainya.

Justeru penulis tidak nampak kenapa pembangkang perlu bising-bising meminta dibuktikan kewujudanakaun luar negara bernilai ratusan juta dollar yang didakwa dimiliki Anwar Ibrahim.  Kita ikut hukum Anwar sudah, siapa kena tuduh, dia yang kena tunjuk bukti.

Begitulah.

Tapi satu yang penting, bila Anwar gelabah, itu maksud memang ada betulnya dakwaan tersebut.  Percayalah, penulis sudah perhati gelagat Anwar sejak dia masuk jel lagi pada tahun 1998,memang itulah modus operandinya setiap masa.

Walaupun begitu, tanpa kita sedar, Anwar tak pernah kata yang akaun-akaun tersebut tidak wujud!!  Yang dia sebut ialah dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam bahawa maklumat mengenai akaun tersebut datang dari Wikileaks tidak benar.


Tak percaya, perhati baik-baik kenyataan Anwar yang penulis petik dari mStar online:-
Anwar Ibrahim menafikan maklumat yang mendakwa beliau memiliki 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta) diperoleh daripada laman web Wikileaks.
sumber:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703151817&sec=mstar_berita

Seperti mana biasa, perenggan lain dibawah kenyataannya itu memberi gambaran bahawa Simpang Renggam menipu, blogUMNO menipu dan sebagai tapi dia sendiritak pernah sebut bahawa akaun tersebut tidak wujud.


Inilah pun pendekatan biasa yang Anwar guna, dia tidak akan jawab secara terus, dia biarkan persepsi menjawab untuk dia.  Penyokong dia saja yang mati-mati percaya semua akaun itu tidak ada, hakikatnya Anwar tak pernah nafi pun kewujudan semua akaun-akaun tersebut.

Anyway, Anwar jangan ingat kita bodoh sangat.

Ambil contoh akaun bank di Israel, pasport Malaysia bukan boleh digunakan dalam negara tersebut, jadi kalau dibenarkan masuk pun ialah dengan surat perjalanan yang diluluskan kerajaan negara itu.  

Logiklah kalau ’nombor pasport’ dalam pendedahan tersebut tidak sama dengan nombor pasportnya.
Ini baru ’hint’ yang pertama, ada banyak lagi, cuma tunggu bila Anwar nak nafi saja yang dia memang ada banyak duit, dalam dan luar negara kita tak peduli, janji memang dia banyak duit.  Persoalan selepas itu, mana dia dapat duit itu semua?

Baca seterusnya : di sini




No comments:

Post a Comment