The
Star Online hari ini memetik
Tan Sri Vincent Lee,
timbalan pengerusi Kumpulan Media Star, sebagai berkata prestasi
sesebuah akhbar itu tidak lagi hanya bergantung kepada bilangan
pembaca (readership) yang
dimilikinya ataupun jumlah naskah yang dijual (circulation).
Mengikut
katanya, penilaian prestasi media harus juga diukur berdasarkan
“aspek kualitatif”, umpamanya penjenamaan.
Imej
tauke girang: Philip, pengarang Star Online
Pemberita
odikal Michelle Tam yang suka mempromo evangelista baru-baru ini
dinaikkan sebagai kolumnis Star Online
The
Star mencatat
edaran sebanyak 298,821 naskah sehari yang dijual di seluruh negara
dari Julai sehingga Disember 2012, mengikut audit dijalankan
oleh badan Audit
Bureau of Circulations.
Penjualan The
Star telah
meningkat dalam tempoh lewat separuh tahun 2012 berbanding enam bulan
awalnya (Jan-Jun 2012) di mana 290,566
naskah seharitelah
dijual.
Berkaitan
“fitnah media sosial” itu, baik MCA menangani fitnah yang
disebarkan oleh blog-blog black
ops dijalankan
oleh Scissorati talam dua muka mereka yang menebar pembohongan serta
memplagiat.
Tolonglah
MCA, naik taraf sikit boleh tak. Dah lah sendiri sudah tenat, ini
pula mahu menjangkitkan penyakit barah MCA kepada komponen-komponen
lain BN yang masih sihat.
Stop the Lies lah, MCA
Yang
peliknya ialah kenapa cerita-cerita mengutuk Lim Guan Eng – yang
disiarkan oleh blog ketua Scissorati Stop the Lies – tidak pula
terus dikeluarkan sahaja di akhbar J-Star.
Lagipun
ranking Alexa Stop the Lies sudah jatuh merudum sejak kebelakangan
ini. Blog tersebut menampakkan makin hilang populariti dan ia tinggal
dibelek oleh penyokong-penyokong tegar Umno yang sememangnya bencikan
DAP.
Lagipun
memburuk-burukkan Guan Eng kepada para kaki (the
usual crowd) yang
singgah di Stop the Lies adalah sebuah usaha mencurahkan air ke atas
daun keladi ataupun dalam bahasa Inggerisnya preaching
to the converted.
MCA
Kelana Jaya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh atas dakwaan
memfitnah Timbalan Menteri pun tiada tindakan susulan
Untuk
memujuk pembaca atas pagar agar menyokong BN, lebih baik kandungan
yang dibentangkan di Stop the Lies diterbitkan menerusi The
J-Star, bukan begitu?
Jadi
kenapa pula MCA dan Scissorati enggan membuat demikian? Sesebuah blog
itu ada berapa orang pembaca dan sesebuah suratkhabar itu ada berapa
orang pembaca?
Tindak-tanduk
MCA yang mencurigakan ini membayangkan ada udang di sebalik batu,
yakni hakikatnya MCA tidak pernah bersungguh-sungguh melawan DAP.
Kalau
MCA benar bersedia untuk bertarung mati-matian dengan DAP, maka
jentera medianya pasti akan berani mengkritik DAP secara terbuka
di J-Star yang
mempunyai berjuta-juta pembaca itu.
Ini
tidak. MCA memilih untuk menembak curi melalui blog anon Stop the
Lies yang dikendalikan oleh Scissorati.
Ragam
MCA adalah ibarat gergaji dua mata.
No comments:
Post a Comment