Bekas
pengerusi sebuah cawangan DAP telah merujuk kepada penasihat
undang-undang untuk memulakan proses tindakan terhadap The
Star.
Beliau
juga akan membuat laporan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri
dalam minggu ini. Menurut Tan Tuan Tat, niat terselindung The
Star sengaja
memanipulasi kenyataannya wajib disiasat.
Laporan
putar-belit oleh akhbar evangelis itu mempunyai kesan
memburuk-burukkan BN.
The
Scissorati strike again
Nah matilah engko, UMNO
Berikut
ialah laporan di mukasurat 15 akhbar Utusan hari
ini bertajuk ‘Tuan Tat dakwa artikel mengelirukan’.
“KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar harian bahasa Inggeris, The Star kerana didakwa menerbitkan artikel yang mengelirukan mengenainya.
Beliau berkata, perbuatan itu dilakukan menerusi artikel bertajuk ‘Don’t blame BN over booklet release’ yang disiarkan akhbar tersebut 15 Julai lalu.
Menurut Tuan Tat, wartawan The Star pada mulanya menghubungi beliau untuk mendapatkan komen tentang artikel yang disiarkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) bertajuk `Booklet on DAP polls irregularities surfaces’ pada 12 Julai lalu.
“Malangnya, dalam artikel tersebut, The Star telah menyunting semua rujukan yang dibuat terhadap artikel FMT dan menggambarkan seolah-olah saya memberi komen mengenai buku kecil yang ditulis oleh Father Augustus Chen itu.
“Tindakan ini saya percaya disengajakan akhbar berkenaan untuk memberi gambaran seolah-olah saya mempunyai pengetahuan atau sebarang kaitan dengan penerbitan buku kecil berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, susulan penyiaran artikel terbabit, beberapa kenalan daripada DAP dan pakatan pembangkang menghubunginya dan menuduhnya sebagai pengkhianat.” — sumber: Utusan
*** *** ***
MCA
kini berkecimpung dalam suratkhabar pro-pembangkang The
Christian Female pula.
Timbalan
presiden MCA Liow Tiong Lai menulis sebuah kolum dalam akhbar The
Malay Mail hari
ini. The
Malay Mail banyak
menyiarkan rencana tulisan Malaysiakinikerana
kedua-dua media ini mempunyai perjanjian untuk berkongsi sumber.
Dalam
rencananya yang bertajuk ‘Change is the only constant‘,
Liow berkata MCA berjanji akan mentransformasi.
Daripada
media Gunting Dalam Lipatan, sekarang MCA tanpa berselindung lagi
sudah ‘UBAH’ kepada bersekongkol dengan media yang terang-terang
pro-pembangkang.
No comments:
Post a Comment