PAS
adalah sebuah parti ajaran sesat.Umat Islam di negara kita yang
berfikiran waras seharusnya telah sedar akan hakikat ini. Dalam
masa beberapa tahun yang lepas telah banyak bukti yang dapat
dikumpulkan untuk kita tahu betapa sesatnya agenda dan pembawaan PAS
yang bermotifkan politik. Mereka sanggup mempergunakan Islam demi
mencapai matlamat mereka yang cukup rakus ke Putra Jaya.
Tambahan
pula Pondok Minda, yang merupakan gabungan 25 pondok pengajian agama
di Kelantan telah mengulangi bahawa Pas adalah sebuah parti ajaran
sesat dan semua fatwa dikeluarkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat wajib ditolak. Ini telah disahkan oleh Penasihat Pondok
Minda yang juga pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Tok Guru
Abdullah Sa’amah.
Kesombongan, ketakburan dan keangkuhan Nik Aziz dengan fatwa-fatwanya yang syirik dan menyesatkan telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti yang sesat. Kenyataan Nik Aziz yang menyesatkan apabila beliau telah mendakwa bahawa Pas itulah Islam sedangkan Islam diturunkan oleh Allah SWT yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW.
Keputusan
bahawa PAS itu sesat berdasarkan kepada hasil rumusan setelah merujuk
kitab-kitab muktabar, tafsir al-Quran, hadis dan hukum-hakam.
Tambahan pula perbuatan PAS mengkafirkan UMNO dan penentang Pas,
membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan menyokong
pluralisme merupakan kesalahan cukup besar mereka.
PAS
bukan sahaja sesat malahan mereka juga sebuah parti yang berhaluan
melampau. Apabila kebenaran telah dibongkar maka rakyat mula sedar
akan kesesatan mereka maka mereka telah bertindak ekstrem dengan
istiharkan menghalalkan darah para ustaz yang mendedahkan kesesatan
mereka.
Beberapa
orang ustaz termasuk Ustaz Rujhan Abdul Rahman menjadi sasaran
puak pelampau PAS ini. Ini adalah kerana mereka ini mendedahkan
kesesatan ungkapan “PAS itu Islam, Islam itu PAS” sedangkan Islam
adalah milik Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk
umat Islam. Manakala PAS hanya merupakan parti politik yang
mempergunakan Islam.
Oleh
itu Ustaz Rujihan bersama Ustaz Saidi Hussain sentiasa memakai jaket
kalis peluru bagi menjamin keselamatan mereka. Tambahan pula Ustaz
Rujihan juga telah di halau dari rumah yang beliau telah sewa dari
penyokong PAS selama 13 tahun.
Bukan
itu sahaja yang PAS lakukan. Mereka tergamak mengugut Ustaz Rujihan
dengan menghantar bungkusan berisi pisau cukur dan gambar lidah yang
di potong.
Dalam
salah satu klip video juga ada memaparkan bahawa Nik Aziz telah
berkata bahawa PAS sanggup bekerjasama walaupun dengan syaitan untuk
menentang UMNO.
Tambahan
pula anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh juga berkata bahawa “Allah yang
menyuruh mereka merampas Putrajaya dari Barisan
Nasional.”Sesungguhnya PAS telah terlalu sesat dari jalan
kebenaran. Rakyat harus dan wajib sedar akan hakikat ini.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment