Memang
sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis
dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan
Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya
merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat
Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.
Ini
menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang
bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan
pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan
bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu
rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut
kepada pembangkang.
Filem
pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village
bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos yang
merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut
menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula
tersebar sejak minggu ini.
Astro
Shaw jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa
kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya
mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak
yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak
terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat
keselamatan Negara.
Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan
sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti
dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda
Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu
yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro
komunis.
Filem Tanda
Putera mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri
Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul
Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah tiga kali
ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi
ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum
Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat
berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem
Tanda Putera.
Sesungguhnya
pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan
UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat
komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara
dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan
terhadap rakyat. Kekejaman komunis masih menghantui dan terus
menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh
bangsa Cina yang lupa diri aka nasal usul mereka.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment