Thursday, July 18, 2013

HOT : AHLI PARLIMEN PAS MINTA UMAT ISLAM MAAFKAN PASANGAN LUCAH YANG HINA ISLAM...


Agak-agaknya dimana keuntungan Ahli Parlimen dan lawyer PAS ni bila meminta umat Islam di Malaysia supaya memaafkan pasangan lucah yang menghina islam ini???

Sudah-sudahla dok kipas bontot DAP...Pemimpin DAP tak sibuk minta umat Islam maafkan pasangan kerana tindakan mereka.. ini pemimpin Islam pula  yang lebih -lebih...



Mohamed Hanipa Maidin (gambar) meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini.
Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu juga mahu umat Islam bertindak waras dalam memberikan respon terhadap provokasi seumpama ini dan belajar untuk memberikan kemaafan.
"Islam, saya yakin, juga agama rahmah. Di dalam al-Quran juga Allah menyatakan bahawa Allah menulis untuk diriNya rahmah (belas ikhsan)," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kepada The Malaysian Insider.
"Maka saya berpendapat tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan pasangan itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu," katanya. ..........
....... Beliau percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, baginya menjadi hukuman perit ke atas mereka. 
"Saya rasa ugutan bunuh ke atas mereka, jika benar berlaku, bukan anjuran Islam. 
"Namun saya rasa tidak perlu mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana Akta itu sendiri sudah banyak menzalimi rakyat negara ini," katanya. 
Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, soalnya. 
Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. 
"Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?



Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment