Thursday, July 25, 2013

PANAS!!!! CYBER TROOPER PAKATAN KHAWARIJ KANTOI FITNAH KERAJAAN DI BULAN RAMADHAN INI!!!


Nampaknya puak-puak Pakatan Khawarij ni tak habis-habis membuat fitnah. Mungkin dah tak dapat nak tahan 'semangat fitnah' sepanjang PRU13 yang lepas, sampai bulan RAMADHAN sekalipun aktiviti dajjal ini mereka teruskan. Sampai sanggup mengedit muka hadapan portal BERNAMA dan meletakkan laporan yang tak pernah dikeluarkan oleh BERNAMA. Tujuan mereka hanyalah satu.... MEMBERIKAN PERSEPSI BURUK RAKYAT KEPADA KERAJAAN. SEMOGA ALLAH memberikan petunjuk kepada puak-puak KHAWARIJ yang tak kenal erti RAMADHAN ini. 

Berikut laporan BERNAMA YANG SEBENAR-BENARNYA :

Najib Umum Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2013 (Bernama) - Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.


Perdana Menteri juga mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.


Katanya pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.


Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di ibu negara, Rabu.


Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.


"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.


Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.


Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.


"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.


Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara guna membantu meringankan beban kewangan sebagai persiapan hari raya.


Rujuk laporan disini : 
http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=965861

--------------------------------


Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita, maka kajilah dulu…” [Al-Hujurat : 6]


Baca seterusnya :  di sini

No comments:

Post a Comment