KUALA
LUMPUR 26 Julai - Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF),
Nur Misuari mengugut untuk melancarkan serangan ke atas Sabah jika
kerajaan Filipina menghalang cita-citanya untuk memerdekakan
sebahagian wilayah di selatan negara itu sekali gus dilantik sebagai
Presiden Bangsamoro dan Perdana Menteri yang memerintah
Mindanao.
Menurut
sumber, Misuari masih berdegil untuk meneruskan rancangannya
memerdekakan beberapa wilayah iaitu Pulau Basilan, Kepulauan Sulu,
Tawi-Tawi, Mindanao dan sebahagian dari kepulauan Borneo dalam satu
majlis yang berlangsung di Jolo, Kepulauan Sulu petang semalam
walaupun telah beberapa kali cuba dihalang pihak berkuasa negara
itu.
Sumber
itu berkata, bagaimanapun penduduk Sabah tidak perlu bimbang dengan
ancaman ugutan tersebut kerana buat masa ini Misuari dikesan masih
berada di Bandar Zamboanga berikutan sekatan dan kawalan ketat yang
dilakukan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia.
Sumber
berkata, malah pemimpin MNLF itu sendiri dilaporkan gagal muncul pada
majlis tersebut dipercayai bimbang akan ditangkap pihak berkuasa
Filipina.
"Mengikut
perancangan Misuari, dia sepatutnya hadir dalam majlis tersebut untuk
menabalkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri di wilayah
Mindanao.
"Bagaimanapun
hasrat itu tidak kesampaian apabila dia tidak muncul dalam majlis
sambutan yang dijadualkan berlangsung pada petang semalam disebabkan
sekatan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan
Filipina ke atasnya bagi mengelakkan dia memasuki kepulauan
tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Menurut
sumber lagi, kelmarin, kira-kira 3,000 pengikut Misuari dengan
sebahagian daripada mereka membawa senjata api sudah pun berhimpun di
Jolo untuk memberi sokongan terhadap pelantikannya.
Sumber
memberitahu, pada 13 Julai lalu, Misuari dilaporkan telah
menganjurkan perhimpunan khas di Lampaki dan Talipao bagi meyakinkan
pengikutnya yang rata-rata terdiri dari umat Islam Moro kononnya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi persetujuan
untuk membantu memerdekakan Mindanao.
"Misuari telah diberi amaran keras oleh kerajaan Filipina supaya
membatalkan rancangannya serta mengarahkan pengikutnya tidak memasuki
kepulauan tersebut dengan membawa senjata.
"Difahamkan
pihak berkuasa negara itu juga telah menambah jumlah kekuatan anggota
dan pegawai di sekitar Patikul, Indanan, Maimbung dan beberapa lagi
kawasan di selatan Filipina bagi mengelakkan penyokong Misuari
khususnya kumpulan bersenjata daripada masuk ke Kepulauan Sulu,"
jelasnya. -Utusan Malaysia
Komentar
KP : Kenapa Nur Misuari cuba mengancam kedaulatan Sabah sedangkan dia
berkonflik dengan kerajaan filipina ??Ugutan seperti ini ibarat bayi
yang merengek kerana hendakkan susu tapi tidak diberi .Dahulu pun
semasa konflik berdarah di Lahad Datu,Nur Misuari pernah mengancam
untuk menyerang Sabah jika mengapa-apakan pengganas Kesultanan
Sulu[klik
sini]yang
menceroboh negara.
KP
harap pihak keselamatan negara (ATM dan Polis) akan sentiasa
bersiap-siaga akan sebarang ancaman seperti ini kerana kita
dikhuatiri akan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment