DARI
dulu pun penulis tidak pernah menganggap Malaysia ada
masalah perkauman. Ya, kita akui perkauman memang ada
‘saham’ seperti dalam kejadian 13 Mei 1969, tapi perkara
itu lebih kepada dalam skopnya tersendiri.
Maksud
penulis, dia sama macam orang bergaduh dan berbunuh kerana
politik umpamanya, dan hal-hal lain juga.
Tapi
masalah teras yang boleh menjadi ibu kepada segala kekacauan
yang bakal timbul di negara ini ialah masalah agama.
Sementara ramai melihat kepelbagaian agama, kaum
dan budaya di negara ini sebagai unik, dalam masa
yang sama ia ibarat bom jangka yang boleh meletup
pada bila-bila masa kalau tidak dikendalikan dengan baik.
Bom
jangka inilah yang sedang cuba ‘diletupkan’ oleh DAP
apabila Pengerusinya Karpal Singh mencadang untuk
meminda perlembagaan persekutuan Perkara 12(4) berhubung status
agama kanak-kanak dibawah umur 18 tahun.
Apabila
dibangkitkan hal ini, DAP dan pembangkang amnya
seolah-olah mahu ulang semula apa yang berlaku di Singapura
lebih 60 tahun dulu dalam isu Natrah,
juga dalam skop yang sama iaitu membabitkan penentuan
agama kanak-kanak yang dibela keluarga angkat Melayu
sebelum diambil semula oleh keluarga asalnya
dari Belanda.
Penulis
rasa semua boleh rujuk Wikipedia dan buku-buku
sejarah sedia ada untuk maklumat lebih lanjut.
Yang penting untuk semua orang tahu, kekacauan
yang berlaku dari peristiwa tersebut telah menyebabkan Singapura bertukar dari sebuah negeri yang relatifnya negeri Melayu, kepada Singapura sekarang -
60% cina, orang Melayu tinggal 15% dan orang Melayu juga tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam angkatan tentera negara tersebut, termasuk menjadi juruterbang sekalipun.
Perkara
ini memang logik kerana DAP dari dulu memang berimpian
untuk ‘meng-Singapurakan’ negara ini. Malah kejayaan
PAP serta Lee Kuan Yew mengusir orang Melayu secara
sistematik dari negara pulau
tersebut dianggap sebagai matlamat agung DAP yang
perlu dicapai oleh siapa pun yang memimpin parti tersebut.
Kebimbangan
ini berasas kerana kita tidak faham kenapa DAP
sibuk nak pinda perlembagaan bila DAP
tidak ada majoriti 2/3 di Parlimen pun!!
Mereka
hanya ada 38 kerusi, malah kalau semua parti-parti
pembangkang menyokong cadangan Karpal
itu, mereka hanya ada 89 kerusi - lebih satu
dari jumlah kerusi UMNO (sahaja) dalam BN iaitu
88 kerusi, macam mana nak menang?
Penulis
tak pastilah kalau parti tercorot dalam pakatan
pembangkang, PAS nak menyokong cadangan tersebut.
Dah namanya tercorot, sokong atau tidak sokong bukan
ada kesan besar sangat.
Tapi penulis pasti PKR
akan sokong tanpa fikir apa pun. Telur Anwar
Ibrahim, kedua-duanya dipegang Karpal, mustahil ahli-ahli Parlimen
PKR (termasuk beragama Islam) akan membangkang
isu tersebut kalau ia dibahaskan nanti.
Jadi
penulis melihat cadangan Karpal ini sebagai bahaya
kepada keamanan dan kestabilan rakyat negara ini.
Bahaya bila parti dengan hanya 38 kerusi parlimen
dari 222 kerusi parlimen, diberi terlalu banyak ruang
untuk sentuh benda-benda sensitif tak kala
dia tak layak untuk sentuh perkara itu pun!!
Pihak-pihak
berkenaan sila ambil tindakan.
Baca seterusnya :di sini
No comments:
Post a Comment