Tuesday, July 9, 2013

PKR Meroyan Lagi, Mahu Boikot Utusan Pula

Rafizi[1]


Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli nampaknya macam tengah meroyan lagi apabila beriya-iya untuk melaksanakan kempen boikot terhadap akhbar Utusan Malaysia dan beberapa media perdana yang lain bermula selepas Aidilfitri 2013 sehinggalah PRU-14 nanti.

Tiga media lain yang dimaksudkan itu itu ialah NST, The Star dan TV3 yang mana menurutnya akan diboikot sehingga bankrap dan turut membabitkan mana-mana syarikat perniagaan yang membeli iklan di keempat-empat media itu.

Sebab musababnya tak lain tak bukan dek kerana sebahagian dari media ini dikaitkan sebagai punca kepada pendedahan pelbagai kepincangan dalam kepimpinan PR. Jadi untuk elak lebih banyak kelemahan terdedah pada umum maka jalan akhirnya disuruh penyokong PR memboikotnya.

Kalau dahulu saya kejar ‘lembu’, lepas ini kita akan kejar Utusan, TV3, The Star dan NST. Kita harus sedar bahawa majoriti orang yang menolak Barisan Nasional (BN), kuasa ekonomi ada di tangan anda, kuasa beli ada dekat kita.

Selepas ini, kita bukan sahaja boikot Utusan, The Star, NST dan TV3 dengan tidak membeli akhbar, malah memboikot semua syarikat yang membuat pengiklanan di keempat-empat media ini supaya mereka tidak ada pendapatan dan tiada pilihan lain kecuali tutup kedai,”kata Rafizi.

Bunyinya agak angkuh dan sombong, lagak sedemikian sememangnya serasi dengan identiti pemimpin PKR itu yang selama ini selesa menikmati puncak kedudukan dalam parti melalui lif eksklusif.

Dari satu sudut, jenis politikus sebegini andai partinya diberikan peluang memerintah negara alamatnya segala laungan kebebasan akhbar dan hak bersuara yang sering dijaja ke hulur-hilir sebelum ini terus hilang entah ke mana sebaliknya diganti dengan corak diktator barangkali.

Tapi persoalannya kenapa hanya tiga tahun? Alang-alang nak boikot buatlah selama-lamanya, lepas itu kita tengok siapa pula yang sibuk melalak meminta ruangan publisiti dalam media, tak gitu? Jangan jadi macam Presiden PAS sudah, merengek-rengek minta diberikan ruang berucap selama sejam dalam TV3.
Apa pun kalau nak sangat boikot, boikotlah tiada siapa hairan pun. Sejarah membuktikan ini bukannya pertama kali PKR mahupun lain-lain parti pembangkang memperkatakannya.

Bila idea sama dikitar semula maknanya kempen-kempen sebelum ini jelas menemui kegagalan. Mana tak gagalnya, mulut saja duk suruh penyokong sendiri boikot sana sini tapi pemimpin kat atas pantang ada berita pasal diri sendiri, dialah yang bersungguh membaca dan menonton media perdana.

Semuanya sekadar propaganda murahan, sama macam mereka meroyan sakan memburukkan SPR dan memboikot keputusan PRU-13, alih-alih masing-masing angkat sumpah juga. Penipuan entah ke mana, boikot tak ke mana-mana, akhirnya bila ada PRK DUN Kuala Besut, Ketua Umum PKR juga yang bersorak gembira meraikannya.



Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment