Mengikut
jadual sepatutnya malam tadi (22 Julai 2013), selebriti agama yang
baru beberapa minggu ini menghabiskan bulan madu bersama isteri
ketiganya yang muda trang tang-tang iaitu Azhar Idrus turut turun
berkempen bersama Mursyidul AM PAS di Kampung Nail, Kuala Besut.
Azhar
Idrus yang dikenali ramai sebagai Ustad Youtube sebelum ini pernah
diura-urakan bakal menjadi calon PAS namun akhirnya tercicir dari
senarai restu pimpinan parti selepas Naib Presiden PAS, Husam Musa
melobi supaya memilih kroninya iaitu Che Long sebagai calon PAS di
Kuala Besut.
Ikut
perancangan, ceramah yang tidak menjadi kenyataan malam tadi itu
dikira sebagai ceramah MEGA yang serba MEGAH, itu yang sepatutnya di
mana akan menghimpunkan lebih 50,000 orang meskipun padang sempit itu
hakikatnya hanya mampu menampung sejumlah 500 - 800 orang hadirin
sahaja.
Tapi
malangnya sehingga ke tengah malam membawa sampai ke dinihari padang
kecil berdekatan markas PAS Kampung Nail itu tetap sunyi sepi dan
gelap gelita, hanya kelihatan beberapa buah gerai yang masih
menjalankan urusniaga disamping kelompok-kelompok jentera PAS dari
Kelantan.
Entah
mengapa ceramah serba MEGA itu dibatalkan tanpa sebarang alasan oleh
penganjur sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi bergentayangan di
sekitar markas PAS. Nak dikatakan Azhar Idrus enggan untuk
bergandingan dengan Nik Aziz rasanya agak mustahil. Jadi apa
sebabnya?
Adakah
mungkin ada kebimbangan kalau-kalau PAS kedekut membayar upah
berceramah atau kalau dibayar pun cuma secuit saja nilainya? Tak kot,
lagi pun bukankah ceramah agama selalunya Lillahi ta'ala, upah-upah
keduniaan ni main boleh, dok gitu?
Atau
pun barangkali selebriti agama itu malu kot, maklumlah akhir-akhir
ini walaupun Nik Aziz masih dianggap sebagai Mursyidul Am PAS namun
popularitinya sudah semakin suram, jauh sangat bezanya berbanding
dulu-dulu.
Hatta
ceramah Nik Aziz berampiran TUDM Gong Kedak akhir minggu lepas pun
dihadiri kurang seribu orang, mujurlah ada ramai penyokong PAS dari
Kelantan yang diimport khas, jika tidak mahunya ceramah itu cuma
didengar oleh 200 orang sahaja seperti mana dialami Presiden PAS,
Hadi Awang.
Mungkin
atas perkiraan itulah agaknya yang memaksa Azhar Idrus tidak jadi
datang, buat apa nak datang kalau digandingkan dengan orang lain yang
ingin menumpang popularitinya, nanti jatuhlah standard jadi
'boddowlah' jawabnya, dok gitu boh?
Selain
itu, ada juga penyokong PAS yang bersosek-sosek mengandaikan
kemungkinan Utad Youtube itu sengaja memboikot ceramahnya sendiri
gara-gara merajuk namanya disingkirkan sebagai calon PAS untuk
PRK DUN Kuala Besut. Ada juga logiknya.
Spekulasi
di atas mungkin tersasar, hanya si empunya diri yang mampu
menjelaskan perkara sebenar.
Tapi
itulah yang difikirkan dan dispekulasikan oleh sesetengah penyokong
PAS di Kuala Besut sampai naik beku dan kaku otak masing-masing
mengupas sebab musabab keengganan Azhar Idrus untuk datang membantu
PAS.
Namun
demikian, ada satu perkara yang bermain difikiran penulis, mungkinkah
hakikatnya Azhar langsung tidak tahu menahu jadualnya berceramah di
Kuala Besut sebaliknya PAS pula yang beriya-iya memanipulasi nama
selebriti agama itu untuk kepentingan politik?
Baca seterusnya di :di sini
No comments:
Post a Comment