Thursday, July 11, 2013

Sebab Pembangkang Terlalu Bela Penjenayah, Kes Bunuh Dengan Kejam Makin Meningkat! Sebarkan.

Tu dia! Bukti perjuangan songsang pembangkang yang terlalu membela penjenayah punca kes bunuh secara kejam meningkat secara mendadak.

Muka hadapan akhbar Sinar Harian

Apabila keadaan semakin tidak terkawal, siapa yang perlu dipersalahkan?

Adakah pembangkang mahu menyalahkan pihak polis sedangkan merekalah yang MENYALAK mengenai HAK ASASI PENJENAYAH sehingga akta pencegahan seperti Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 terpaksa dimansuhkan?

Hakikatnya akta ini membenarkan pihak polis menahan penjenayah besar, ketua kongsi gelap, samseng, pemilik senjata api haram untuk mencegah sesuatu kejadian yang lebih teruk berlaku.

Pemansuhan Ordinan Darurat: Ramai Penjenayah Tegar Kini Kembali Bermaharajalela 
Oleh R.S.N MURALI, FARIK ZOLKEPLI, M.KUMAR, RASHITA HAMID, TAN SIN CHOW dan JONATHAN FERNANDEZ


Bagi melindungi pelanggan, sebuah restoran makanan laut di Kampung Baru Subang dikawal oleh pengawal keselamatan.
 
PETALING JAYA: Pemansuhan Ordinan Darurat menyaksikan kira-kira 2,000 tahanan di bawah ordinan tersebut dibebaskan. 

Seandainya satu pertiga daripada mereka kembali melakukan jenayah, ini bermaksud kira-kira 800 penjenayah tegar kembali bermaharajalela.

Polis bagaimanapun, percaya bilangan itu mungkin jauh lebih besar.
Baca seterusnya di sini : http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703103011
Pembangkang hanya tahu mengeksploitasi sesuatu isu jenayah untuk mendapat laba politik. Apabila seorang penjenayah berbangsa India mati dalam tahanan, maka akan memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan sesuatu kaum.
Tetapi apabila seorang polis dari kaum yang sama meninggal dunia di bunuh penjenayah, mengapa pembangkang tidak memperjuangkannya?
 Mayat mendiang seorang pegawai polis berbangsa India meninggal dunia di bunuh penjenayah. Kenapa isu ini pembangkang tak perjuangkan?

Berbalik kepada sokongan tidak berbelah bagi pemimpin pembangkang kepada penjenayah, kini penjenayah semakin berani mengganas di mana sahaja termasuk negeri pembangkang seperti di Kelantan dan Pulau Pinang. Dalam hal ini, kenapa pembangkang terlalu memperjuangkan HAK ASASI PENJENAYAH sedangkan HAK ASASI MAJORITI RAKYAT yang mahukan keadaan yang selamat dan tenteram sanggup mereka perjudikan dengan membela penjenayah?
*MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Sebab itulah Akta Pencegahan seperti Ordinan Darurat 1969 diperlukan.





Baca seterusnya : di sini

No comments:

Post a Comment