Seorang
kontrektor yang lebih dikenali sebagai Che Long disebut-sebut sebagai
calon pilihan pertama Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Che
Long atau nama sebenarnya, Enduk @ Azlan Jusoh merupakan Bendahari
Pas Besut juga dikenali sebagai taukeh kaya di kawasan itu.
Selain
itu, nama seorang lagi taukeh, Zakaria Harun juga turut
disebut-sebut.
Zakaria
merupakan seorang taukeh ikan di Kuala Besut.
Nama
Nik Muhammad Zawawi Salleh juga turut disebut, namun nama beliau
dimasukkan dalam pilihan terakhir kerana telah dua penggal beliau
bertanding dan tewas di DUN itu.
Nik
Zawawi pernah memenangi DUN Kuala Besut pada PRU 1999, namun, selepas
itu, beliau telah tewas kepada calon BN, Abdullah Che Muda pada PRU
2004 dan Dr A. Rahman Mokhtar pada PRU 2008.
Pilihanraya
Kecil Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A.
Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat
masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pada
PRU ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala
Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi
calon Pas, Napisah Ismail.
No comments:
Post a Comment