Presiden
Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berjaya
dalam samannya terhadap Ahli Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang
didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah beliau dalam satu sidang
media pada Februari 2012.
Hakim
Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas berpuas hati
Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga timbalan
pesuruhjaya III PAS Selangor, dibuat dengan niat jahat.
Dalam
penghakimannya, Yaacob berkata dalam kes itu, mahkamah perlu
melihat sama ada sidang media Khalid bertujuan menjawab dakwaan
Hasan terhadap beliau berhubung isu 'parasit'.
"Setelah
menimbang keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak,
mahkamah mendapati defendan telah melebihi atau melangkaui
daripada hanya mengadakan sidang media bagi tujuan mempertahankan
diri tetapi telah menjangkau kepada isu yang tiada kaitan dengan
perkara yang dituduh oleh plaintif, iaitu tentang isu parasit.
"Kenyataan
defendan melebihi komen yang adil dan defendan tidak boleh
dilindungi di bawah perlindungan bersyarat," katanya.
Yaacob
menetapkan 27 November ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak
berhubung jumlah gantirugi dan kos.
Penyataan
tuntutan Hasan, yang difail pada 12 April tahun lepas, mendakwa
Khalid telah menuturkan perkataan bersifat fitnah terhadap beliau
dalam sidang media bertarikh 24 Februari 2012.
Beliau
berkata lanjutan sidang media itu, Khalid menerbitkan atau
mengakibatkan penerbitan fitnah berkenaan dalam bentuk artikel
bertajuk 'Video: Siapa Taja Hasan Ali' di laman blog defendan di
http://www.khalidsamad.com.
Plaintif
juga mendakwa wartawan yang hadir melaporkan kenyataan Khalid
dalam portal berita atas talian, antaranya, laman sesawang 'mstar'
melalui artikel bertajuk 'Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga &
SYABAS Taja Jati' dan laman sesawang 'Malaysiakini' dengan artikel
'PAS asks Hasan Ali: Who's funding you?'.
Hasan
berkata penerbitan kenyataan itu mengakibatkan kerosakan atau
keburukan yang teruk terhadap reputasi, imej dan nama baiknya
selain merendahkan martabat beliau di mata anggota masyarakat.
Sehubungan
itu, beliau menuntut gantirugi am, teladan dan teruk selain
perintah injunksi menghalang Khalid daripada terus menerbit atau
menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan, faedah pada
kadar lapan peratus, kos serta relif lain yang difikir wajar oleh
mahkamah.
Pembelaan
Khalid, antara lain, mendakwa selepas dipecat oleh PAS dan sebelum
sidang media berkenaan, Hasan telah mengadakan ceramah jerayawara
di seluruh negara, dan dalam ceramah itu, plaintif antara lain
menyerang PAS serta beliau dengan pelbagai tuduhan seperti
'parasit' dalam PAS.
Khalid
juga mendakwa kenyataan beliau bukan bersifat memfitnah Hasan dan
ia mempunyai unsur pernyataan fakta dan/atau pendapat.
Ahli
Parlimen itu berkata jika sekalipun kenyataan berkenaan adalah
fitnah, yang mana dinafikan, ia merupakan satu komen adil dan
berpatutan berasaskan fakta serta perkara benar dan tepat.
Sepanjang
perbicaraan, Hasan yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican
memanggil dua saksi manakala Khalid, yang diwakili peguam Azhana
Mohd Khairudin, mengemukakan tiga saksi.
Seterusnya : Belia Bangkit
No comments:
Post a Comment