Blog Amenoworld di
entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam,
berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.
Berita
itu kini tersebar secara meluas di media sosial.
Saya
ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi
FITNAH.
Sumber
daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30
minit tadi.
"Gambar
dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN
bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak
sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki
untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan
mereka," ujar sumber.
"Mengapakah
mereka tidak makan di kantin?," soal saya.
"Kantin
sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja
menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah
bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan
kantin akan tercedera," jawabnya.
Gambar
dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan
disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air,
mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah
gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah
majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?
Saya
difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK
Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina.
Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.
"Boleh
tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu,"
pinta saya.
Sebaik
gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya
kongsikan bersama semua pembaca.
Kes
ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.
Bukankah
molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan
daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak
berkaitan sebelum memaparkan entri ini.
Bilik
air dan bilik persalinan adalah dua tempat yang berbeza.
No comments:
Post a Comment