Tindakan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membelakangkan perlembagaan parti
apabila tergesa-gesa menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan beliau takut musuh-musuh politiknya
mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkannya.
Aktivis
MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ini kerana sebagai pemimpin, Guan Eng
bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan
perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam
pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.
Menurut
Ramanan, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada
19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang ‘memapah’
beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik Ahli
Parlimen Bagan berkenaan.
“Namun
begitu, dalam keadaan Guan Eng tidak berpengaruh dalam kalangan ahli
DAP kini, dia boleh juga meneruskan lakonannya di hadapan rakyat
negara ini. Mungkin selepas ini jika Guan Eng kalah, dia boleh
bekerja dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise di Amerika Syarikat.
“Kini
Guan Eng hanya berlindung di Pulau Pinang. Dia takut memberi ahli DAP
hak mereka untuk terlibat dalam pemilihan yang adil dan bebas seperti
termaktub dalam Klausa 8 Artikel 13 Perlembagaan DAP," katanya
di sini hari ini.
Menurut
Ramanan, dalam perlembagaan itu jelas menyebut bahawa semua ahli yang
menang di cawangan boleh bertanding di posisi CEC dalam pemilihan
parti, namun Guan Eng membelakangkan fakta tersebut.
Walau bagaimanapun katanya, tindakan tidak membenarkan pemimpin DAP lain seperti Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass; Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan dan bekas ADUN Teratai, Jenice Lee bertanding pada CEC jelas bertentangan dengan perlembagaan tersebut.
Tegasnya,
perkara itu serius memandangkan kesemua pemimpin DAP itu juga
mempunyai hak untuk bertanding berikutan kesediaan beberapa cawangan
mencalonkan mereka untuk CEC kali ini.
“Ironinya,
setelah bertahun-tahun menabur penipuan bahawa kononnya Barisan
Nasional (BN) tidak adil sambil melaungkan DAP sebagai parti paling
demokratik, hari ini ramai ahli sudah sedar siapa Guan Eng
sebenarnya.
“Dinasti Lim ingat mereka boleh mempergunakan ahli-ahli dengan menggunakan kaedah pecah dan perintah, namun hakikatnya pengaruh dinasti ini tidak sebesar mana.
Mereka
tidak mempunyai aura kepimpinan seperti yang dimiliki Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment