Ramai
pemimpin DAP bangkit menyuarakan bantahan apabila pihak polis telah
menambak 5 penjenayah. DAP berjanji untuk menuntut bela keatas
kematian penjenayah ini malah mereka mempersoalkan tindakan polis
yang menembak mati kesemua suspek.
R.S.N
Rayer, ADUN Seri Delima bergegas menyertai kaum keluarga penjenayah
malah langsung tidak melahirkan rasa berterima kasih kepada pihak
polis yang bergadai nyawa mencegah jenayah.
Inilah
masaalahnya apabila punyai pembangkang yang BODOH! Jika berleluasanya
jenayah..tembak sana sini mereka kutuk kerajaan dan hina polis.Bila
pihak polis bertindak dicerca hina seolah penjenayah pula dizalimi.
Baru
baru ini Pisau ada mendedahkan haprak pakatan membela para penjenayah
ini dengan membuat pameran dengan mempamerkan gambar gambar
penjenayah yang berjaya ditembak polis sebagai hero mereka. Klik di sini
Tidak
ada seekor pemimpin haprak pakatan yang tampil untuk membela mangsa
penjenayah… Dari peliwat hinggalah kepada pembunuh..kesemuanya
dibela oleh haprak pakatan secara membabi buta.. Inilah acuan negara
yang diimpikan oleh haprak pakatan.
Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pihak polis di Sungai Nibong awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjatapi.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagaiJ.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.
Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam. Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.
Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.
Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.
“Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.
“Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan,” katanya.
Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. – BERNAMA
Sumber : Pisau.Net
penjenayah ttp penjenayah
ReplyDelete