Sunday, August 18, 2013

FATWA DAN DARAH



بسم الله الرحمن الرحيم



Disaat tulisan ini dihasilkan, Mesir masih lagi berada dalam keadaan tidak stabil. Pembunuhan berlaku di merata-rata tempat. Darah umat Islam tidak lagi berharga, dan terus menjadi makanan ruji peluru-peluru yang dibekalkan oleh musuh-musuh Islam.

Namun sebelum kita berbicara mengenai perkara ini, adalah sebaiknya kita lihat kebelakang. Meneliti sejarah yang telah berlaku di negara yang pernah menempatkan kerajaan Taughut Fir'aun. Pada 2011, Arab Spring telah melanda dunia Mesir yang menyaksikan demonstrasi besar-besaran berlaku di ibu negara Mesir, Kaherah. Dataran Tahrir menjadi saksi disebalik 'kebangkitan' rakyat Mesir.

Pada ketika itu juga, terjadinya 2 aliran fatwa yang mewarnai Malaysia. Pertama yang MENGHARAMKAN DEMONSTRASI dan yang kedua : MENGHALALKAN DEMONSTRASI.

Kebanyakkan fatwa pengharaman Demonstrasi ini dibangkitkan oleh kelompok Ustaz-Ustaz Malaysia bermanhaj Salaf yang mana ianya dipetik dari fatwa-fatwa ulama mukhtabar di Arab Saudi. Sebagai contoh fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abdullah bin Utsaimin dan banyak lagi.

Bagi fatwa MENGHALALKAN DEMONSTRASI, fatwa mereka adalah bersandarkan kepada kenyataan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, seorang ulama Mesir yang kini tinggal di Qatar.

Namun masyarakat tidak dapat menerima fatwa PENGHARAMAN DEMONSTRASI ekoran trend semasa dunia melihat demonstrasi adalah satu perkara yang kelihatan baik. Ditambahkan lagi dengan pengistilahan 'DEMONSTRASI AMAN' sekaligus membuatkan manusia tertipu dengan fitnah yang jauh lebih besar dari perbuatan berkenaan.

Maka ketika itu juga ustaz-ustaz yang berpegang dengan fatwa pengharaman demonstrasi, dikutuk, dimaki dan dicela oleh masyarakat awam yang telah ditipu dengan istilah 'DEMONSTRASI AMAN'. Ustaz-ustaz ini dikatakan tidak memahami kehendak dan nurani perubahan rakyat.

Dan akhirnya Hosni Mubarak dijatuhkan dengan jalan demonstrasi dengan bantuan Tentera Mesir yang 'berpaling tadah' dari arahan Hosni, lalu digantikan dengan pemerintahan sementara sebelum berlansung pilihanraya umum Mesir yang akhirnya dimenangi oleh Parti yang dinaugi oleh Ikhwanul Muslimin.

Setelah setahun, secara tiba-tiba berlaku demonstrasi besar-besaran di lokasi yang sama ketika revolusi Mesir Pertama yang hendak menjatuhkan Mubarak. Maka berteriaklah kumpulan yang mengaku 'Pro Islam' mengutuk tindakan demonstrasi yang berlaku disana. Mereka marah dengan tindakan pihak 'anti Morsi' yang berdemonstrasi dan mahu menumbangkan Presiden Pilihan Rakyat.

Dan takdir ALLAH, akhirnya Morsi digulingkan, setahun selepas tentera yang sama dijulang oleh rakyat Mesir. Di Malaysia, kumpulan yang menghalalkan demonstrasi begitu marah dengan demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan anti-Morsi. Kata mereka, tindakan menjatuhkan Presiden Morsi adalah satu 'kejahatan dan kezaliman' terhadap pemerintah.

Ternyata, kumpulan yang mengeluarkan fatwa menghalalkan demonstrasi sudah melakukan 'u-turn' dengan cuba menyalahkan pihak yang juga menggunakan fatwa mereka dalam menjatuhkan Morsi. Perlu diingat, jika sebelum ini mereka (Kumpulan Anti Hosni) melihat Hosni Mubarak sebagai pemerintah yang zalim, maka begitu juga dengan kumpulan yang Anti Morsi yang melihat Morsi adalah pemerintah yang zalim.

Inilah masalah sebenar. Kedua-dua belah pihak mengaku diri mereka sebagai 'RAKYAT' dan kedua-duanya merasakan tindakan mereka itu adalah pada jalan kebenaran. Sedangkan natijahkan kedua-dua tindakan dari kedua-dua belah pihak itu ternyata bertentangan dengan Islam.

Oleh kerana itulah Ulama Sunnah yang tegar pada Manhaj Salafussoleh menetapkan pengharaman demonstrasi secara TOTAL tidak mengira siapa pun pelaku dan penganjurnya. Ini kerana musibah yang jauh lebih besar boleh berlaku setelah tumbangnya seseorang pemerintah.


Baca seterusnya di : di sini

No comments:

Post a Comment