Ucapan
setinggi penghargaan,tahniah dan berbanyak terima kasih kepada pihak
polis kerana berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes bunuh
lrentetan daripada kejadian di persimpangan jalan oleh kumpulan
penjenayah upahan yang berpengkalan di Pulau Pinang setelah
terbunuhnya 5 anggota geng 04 pagi tadi.
Namun
begitu, kita menjangkakan pembangkang pastinya tidak akan duduk
diam menyaksikan pihak polis diberi penghargaan
sebegitu rupa
atas kejayaan tersebut memandangkan pembangkang sememangnya
diketahui sangat anti dengan pihak polis.
Malahan
bukan lagi satu rahsia umum yang mana salah satu dari
komponen Pakatan Haram sekarang
mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan gangster
yang mendalangi ’pertumbuhan’ pesat rumah urut
dan pusat judi haram di Selangor.
Inilah pembangkang.
Bila
banyak kejadian tembak dan bunuh berlaku,
kerajaan dan polis dituduh gagal mengawal keadaan. Tapi
sebaliknya bila polis berjaya menumpaskan kumpulan jenayah
terbabit dengan menembak mati mereka yang terlibat,
pembangkang akan mempolitikkan tindakan
tersebut dan berusaha menjadikannya sebagai
isu perkauman.
Nyawa anggota polis yang terancam dengan tindakan penjenayah melepaskan tembakan sewaktu menjalankan
operasi menahan mereka, tidak langsung menjadi keutamaan pembangkang.
Justeru
yakinlah, pada bila-bila masa dari sekarang, pembangkang (terutama
PKRdan Dap) serta para pemanipulator undang-undang dalam parti
tersebut akan menukar kes ini kepada isu politik
yang berbaur perkauman.
Melihat
kepada beberapa kejadian yang hampir serupa sebelum
ini, pembangkang biasanya akan mempersoalkan kenapa kekerasan
maksimum perlu digunakan, tidak bolehkah mereka ditangkap
dan sebagainya. Alasannya mudah saja,
kalau penjenayah ini ditangkap dan dihadapkan
ke Mahkamah, cuba teka siapa yang akan dapat untung
dari hasil yuran guaman?
Pendek
kata, mana-mana pun pembangkang akan untung, jika
ditembak mati, ada untung politik, jika ditahan
dan dihadapkan ke Mahkamah, ada untung dari segi wang
hasil yuran guaman.
Kalau
itu berlaku, penulis berharap kerajaan
dan polis sudah bersedia dengan komunikasi yang
betul kepada rakyat untuk berhadapan dengan pembelitan
pembangkang yang bakal berlaku nanti.
Malah, polis dan kerajaan juga patut bersedia untuk menyiasat dengan sedalam-dalamnya kaitan pembangkang dan kumpulan gangster
yang ditumpaskan pihak polis pagi tadi atau mana-mana kumpulan ganas yang bakal dikenakan tindakan selepas ini.
Sumber : Pisau.net
No comments:
Post a Comment