Pengikut
Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan
majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan
suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan
Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).
Presiden
Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah
yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di
mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur
nipis semata-mata.
"Selepas
sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya
untuk membangkitkan roh seks.
"Ini
adalah kesesatan yang jelas," dakwa Norashikin dalam satu sidang
media khas di sini hari ini.
Srikandi
adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja
kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Pada
12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan
isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam
oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.
Al-Arqam
telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.
Sementara
itu, menurut Norashikin, walaupun kumpulan ini sudah diharamkan namun
masih ada pengikut yang meneruskan kegiatan itu dengan mempergunakan
kanak-kanak dan berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.
"Mereka
menubuhkan rumah anak yatim semata-mata mahu mengutip dana daripada
orang ramai, malah terdapat sekolah 'khas' bagi melatih kanak-kanak
ini sebagai pengemis.
"Malah,
mengikut sumber daripada bekas pengikut kumpulan terbabit, mereka
mengakui terdapat 20,000 lagi pengikut tegar yang masih bergerak
secara aktif dengan memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan dana.
"Tambahan
pula ada beberapa rumah anak yatim di bawah seliaan kumpulan ini
mampu mengutip sumbangan RM4 juta sepanjang Ramadan," katanya
ketika ketika ditemui pada sidang media memorandum berhubung isu
mengembangkan semula ajaran sesat berkenaan.
Memorandum
yang akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi antara lain meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan
Diraja Agama Islam Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap Ummu Jah
dan pengikutnya.mynewshub
Makin
pelik orang kita sekarang ni ..
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment