Pastinya
anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi,
Alvin Tan dan Vivian Lee.
Nampaknya pasangan itu kembali aktif
apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.
Jika
dilihat, pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas
komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.
Pada
masa yang sama, timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial
Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan
mahkamah.
Pada 26 Julai lalu, Hakim Mohd Azman Husin
membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu
daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran
gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada
umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik
gambar-gambar lucah di blog mereka.
Beliau turut memerintahkan
supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan
melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap
bulan.
Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel,
komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang
boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
Selain itu,
mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi
berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen
dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara
kaum.
Apa
yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan
arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari?
Mahkamah
mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses
internet?
Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati
supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak
mencetuskan ketegangan antara kaum. -
Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment