Beberapa
hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mengesahkan
Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan
dengannya. Sini
Seperti
biasa....setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar kita
tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang
penipu. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan
mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal
mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya.
Tak penipu ke namanya itu ?
Sekarang
dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya...
Apa
sebenarnya yang berlaku ?
Anwar
telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas.
Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya.
Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng,
kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya
berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP....
Anwar
inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar juga
bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut
arahan-arahannya....
Anwar
ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta
Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau
dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali
lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi
orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment