Keasyikan
sekumpulan tonto yang diupah mengawasi satu medan selera di Jinjang
Selatan, di sini, yang menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan
(GRO) menyaksikan wanita warga China membuat persembahan
mengghairahkan menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran pihak
berkuasa membuat serbuan, kelmarin.
Dalam
serbuan jam 10.45 malam itu, 15 wanita warga China, lapan wanita
warga Indonesia, dua wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga
China ditahan Jabatan Imigresen Putrajaya kerana menyalahgunakan
permit kerja, tinggal lebih tempoh selain tidak mempunyai dokumen
lengkap.
Timbalan Penolong
Pengarah I (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Abdul Malik
Bujang berkata, serbuan berkenaan berdasarkan aduan orang ramai
mengenai kegiatan pengusaha medan selera itu yang menyediakan khidmat
GRO warga asing.
“Ketika
serbuan, sekumpulan GRO warga China berpakaian seksi sedang membuat
persembahan di atas pentas.
“Mereka
cuba lari sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun
masing-masing gagal melepaskan diri berikutan premis itu sudah
dikepung,” katanya.
Sumbernya : KL BOYS
No comments:
Post a Comment