Puak
pembangkang yang mendokong fahaman liberalisme mendesak supaya filem
pro-komunis 'New Village' tidak diharamkan.
Antara
alasan yang diberi ialah kerajaan perlu bersikap terbuka dan menerima
pandangan alternatif tersesuatu insiden atau peristiwa yang berlaku
dalam sejarah negara.
Jika
dilihat hujah sebegitu ia sudah tentu akan menarik sokongan rakyat
yang tidak faham mengenai kedudukan isu tersebut dalam konteks
Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama
Persekutuan dan Melayu sebagai Bangsa Teras dengan dianugerahkan
Hak-Hak Istimewa tertentu di dalam Perlembagaan Negara.
Antara
tempoh tahun 1948 hingga tamatnya pengisytiharan Darurat I pada 31
Julai 1960, dianggarkan lebih 12,000 anggota Rejimen Askar Melayu
DiRaja gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan negara
daripada ancaman dan serangan komunis.
Darurat
II yang bermula dari tahun 1974 hingga 1982 memperlihatkan anggota
dan pegawai tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi
sasaran komunis.
Mangsa
pertama ialah Timbalan Penguasa Polis (TPP), Wong Lin Hoon yang
ditembak mati di Kuala Lumpur pada tahun 1973.
Kemudian
pada 12 Julai 1973 pula, Ketua Inspektor Chin Kou ditembak mati di
Serdang, Kedah.
Ini
disusuli pada Oktober 1973, apabila Detektif Sarjan Chong Kek Oh
ditembak mati di Sungai Siput, Perak.
Detektif
Konstabel Lee See Kaw ditembak mati di Malim Nawar, Perak pada 3
Januari 1974.
Pada
20 April 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditembak mati di Melaka
dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibunuh di
Chemor, Perak.
Pada
6 Jun 1974, anggota Parti Komunis Malaya bertindak dengan lebih
berani apabila menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis
Negara di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Beliau
gugur akibat tujuh das tembakan pada 7 Jun 1974 ketika dalam
perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.
Begitu
juga dengan Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang di tembak
mati oleh pengganas komunis dalam tahun 1975.
Pembangkang
sengaja menutup fakta sejarah ini kerana kononnya mahu memperjuangkan
nilai-nilai keterbukaan dan kesamarataan.
Mereka
tidak fikir perasaan dan kemusnahan hidup telah ditanggung oleh
beribu anggota polis dan askar yang terkorban di tangan komunis.
Pembangkang
mempunyai agenda licik untuk menyebarkan fahaman komunis secara halus
melalui filem dengan mempengaruhi fikiran dan minda generasi muda
yang tidak tahu mengenai sejarah perjuangan negara melawan anasir
komunis.
Sebelum
itu pembangkang juga amat lantang mendesak kerajaan supaya
membenarkan bekas Pengerusi PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia.
Bagaimana
mungkin kerajaan atau juga keluarga anggota keselamatan yang dibunuh
komunis boleh membenarkan manusia yang dipanggil 'Butcher of Malaya'
atau Penyembelih Malaya ini pulang ke tanah air.
Adakah
pembangkang mahu mewujudkan keadaan tegang dalam negara dengan
kepulangan Chin Peng kerana orang Melayu khususnya tidak akan
menerima kehadiran Bapa Komunis Malaya itu di bumi Malaysia?
Kini
Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin pula mengatakan
kerajaan tidak patut haramkan filem New Village.
Beliau
berkata kononnya desak pengharaman filem itu adalah daripada golongan
konservatif yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat moden.
Kononnya
pengharaman hasilan seni, filem dan buku, kerana menyalahi prinsip
kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.
Ini
adalah kenyataan seorang yang lahir dalam zaman Malaysia sudah bebas
daripada ancaman komunis dan boleh menikmati kehidupan yang bahagia
dan aman hasil perjuangan anggota keselamatan negara.
Ole
kerana kejahilannya maka bolehlah beliau buat kenyataan sesuka hati
tanpa memikirkan sensitiviti terhadap keluarga mangsa keganasan
komunis.
Golongan
yang mempertahankan 'New Village' tidak pula mengambil sikap yang
sama terhadap filem patriotik Tanda Putera yang diterbitkan oleh
sorang pengarah Melayu.
Antara
orang yang pertama yang lantang membantah penayangan tanda Putera
ialah pemimpin Dap yang takut rahsia pembabitan mereka dalam tragedi
berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di bongkar oleh filem
tersebut.
Filem
itu terpaksa dibatalkan tayangannya beberapa kali kerana kerajaan
tertekan oleh kritikan pembangkang dan dipaksa melalui proses
penyuntingan yang lebih ketat.
Filem
yang memaparkan pensejarahan peristiwa yang tidak boleh dipertikaikan
dipaksa untuk dilambat-lambatkan tayangannya tetapi filem yang
mengagungkan fahaman komunis mahu ditengahkan.
Berbeza
dengan Tanda Putera, filem 'New Village' mengintepretasi zaman
darurat dari kacamata komunis iaitu musuh utama negara.
Dalam
keadaan sikap rasis dan perkauman yang semakin menebal akibat hasutan
pembangkang, adakah negara bersedia untuk menambah kepada suasana
rapuh kini dengan menimbulkan satu lagi isu kontroversi?
Generasi
Cina yang kebanyakannya mempunyai warisan pembabitan komunis di dalam
keluarga mereka kini berjuang untuk membersihkan mana datuk moyang
mereka supaya mereka pula diangkat sebagai hero dan pejuang
kemerdekaan! Melalui filem ini mereka cuba memesongkan fakta sejarah
dengan memberikan tumpuan kepada kesengsaraan yang pihak komunis
terpaksa lalui ketika melawan pihak penjajah.
Filem
ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu helah untuk menanam
kebencian terhadap orang Melayu kerana berpihak kepada pihak British
menentang komunis. PKM menentang penjajah Inggeris bukan dengan
tujuan untuk memerdekakan Malaya ketika itu tetapi untuk menubuhkan
sebuah negara komunis yang didominasi oleh kaum Cina. menjajahnya.
Sudah
tentu jika ini berlaku berakhirlah institusi raja-raja Melayu dan
bangsa Melayu akan dihapuskan dari tanah air mereka.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment