Kementerian
Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menarik
balik taraf Pemastautin Tetap (PR) pengurus sebuah resort di Sedili,
Kota Tinggi kerana membenarkan penganut Buddha menggunakan surau di
resort itu, berkuat kuasa serta merta.
Menterinya,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengurus terbabit sudah
dimaklumkan mengenainya ketika beliau ditahan di dalam lokap, baru
baru ini.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan
Aidilfitri Persatuan Pengasih Malaysia di sini, sebentar
tadi.
Sebelum
ini,penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar di sini,
gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort
sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.
Upacara
sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu
disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar
petang semalam.
Ahmad
Tarmizi Adnan, 45, bersama 10 ahli keluarganya yang berkunjung ke
resort itu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri terkejut sebaik sahaja
tiba di bangunan tersebut selepas terdengar suara orang seperti
sedang membaca mentera berserta bunyi loceng.
“Apabila
saya tinjau, sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian serba putih
kelihatan sedang membuat upacara sembahyang yang diketuai seorang
sami.
“Saya
terus merakam upacara itu menggunakan telefon bimbit sebelum membuat
laporan di Balai Polis Kuala Sedili,” kata peniaga yang berasal
dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu.
No comments:
Post a Comment