Pada
22 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan Persekutuan akan menimbang dan membuat
keputusan terhadap permohonan Paderi Besar Kristian Katholik Tan Sri
Murphy Pakiam yang memohon supaya Mahmakah Rayuan menolak rayuan yang
dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri berikutan dengan keputusan
Mahkamah Tinggi sebelum ini atas pertimbangan kebebasan beragama
mengizinkan Kalimah Allah digunakan oleh mereka yang bukan beragama
Islam khususnya di kalangan penganut Kristian.
Pakiam
memfailkan permohonan tersebut sambil membuat ulasan dan kritikan
terhadap Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri yang
bertindak mengemukakan rayuan.
Beliau
telah menggunakan perkataan “tidak rasional” dan “tidak sensible”
di pihak kerajaan yang membuat rayuan padahal kabinet telah
memutuskan mengikut fahaman Pakiam bahawa Jemaah Menteri juga akur
dengan keputusan Mahkamah Tinggi melalui kenyataan 10 perkara yang
telah dikeluarkan.
Ulasan
yang dibuat oleh Pakiam itu sesungguhnya bersifat subjudice,
biadap dan sama sekali mengenepikan sensitiviti umat Islam di negara
ini khasnya.
Manakala
permohonan Pakiam untuk mengenepikan rayuan pihak Menteri Dalam
Negeri juga adalah satu tindakan yang keterlaluan dan berniat jahat
yang sengaja ingin menguji tahap kesabaran umat Islam di negara ini.
Umat
Islam yang menjadi penduduk majoriti negara ini telah sepakat tidak
bersetuju dengan keputusan untuk membenarkan penganut agama lain
menggunakan Kalimah Allah atas alasan-alasan dan rasional yang
telahpun diberikan melalui berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh
pihak-pihak yang berotoriti di negara ini.
JATI
menganggap bahawa tarikh 22Ogos 2013 adalah merupakan satu tarikh
penting yang akan mencatit sejarah samada Mahkamah Rayuan membenar
atau tidak membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri itu diketepikan
melalui permohonan Pakiam.
Untuk
lebih menjelaskan lagi, seandainya permohonan Pakiam diterima oleh
Mahkamah Rayuan ini bermakna rayuan yang dipohon oleh Menteri Dalam
Negeri akan tamat di situ. Ini bermakna prosiding rayuan penuh yang
dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.
Ini
juga bermakna bantahan umat Islam terhadap penggunaan kalimah Allah
oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian tidak lagi menjadi isu
dan mereka akan bebas menggunakan Kalimah Allah sewenang-wenangnya.
Kesan
jangka pendek dan jangka panjang telah dihuraikan panjang lebar oleh
pihak berotoriti yang telah mengemukakan pandangan dan pendapat
mereka.
Seperti
yang diketahui Gabungan NGO-NGO Islam melalui PEMBELA akan
menganjurkan satu wacana khas agenda Kristian pada hari Sabtu 17 Ogos
bertempat di Pusat Islam KL untuk memberi pencerahan mengenai tarikh
22hb Ogos ini kepada masyarakat Islam.
Dengan
usaha mencerahkan isu sedemikian diharapkan masyarakat Islam
mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak mengizinkan bukan Islam
menggunakan Kalimah Allah di samping memberikan penjelasan isu
Kalimah Allah ini dari sudut perundangannya.
JATI
menyokong penuh dan menggesa ahli-ahlinya supaya menghadiri seminar
tersebut.
Selain
daripada itu usaha juga telah dibuat untuk mengadakan perhimpunan
pada pagi 22Ogos 2013 di Kompleks Mahkamah (POJ), Putrajaya untuk
menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sebarang usaha
untuk mempertahankan Kalimah Alah sebagai hak ekslusif untuk penganut
agama Islam dalam negara ini.
JATI
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) yang telah bersetuju untuk menyediakan teks khutbah khas
menyentuh persoalan kalimah Allah yang akan dibaca oleh para khatib
pada hari Jumaat 16 Ogos dan akan diikuti dengan solat hajat khusus
sebaik-baik sahaja selesai solat fardu Jumaat untuk memohon kepada
Allah SWT agar keputusan Mahkamah Rayuan nanti akan berpihak kepada
umat Islam.
Pada
masa sama JATI ingin menggesa pihak-pihak yang berwajib dan umat
Islam di seluruh negara dapat mengambil tindakan yang sama seperti
yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS.
Penglibatan
penuh masyarakat Islam dalam isu yang kritikal seperti ini sudah
tentu dapat membantu pihak-pihak yang sedang memperjuangkan kesucian
Kalimah Allah di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Marilah
kita besama-sama demi menjag amaruah agama dan kesucian Kalimah Allah
ini menggembeling ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat, teman
sekerja untuk bersama-sama dalamper juangan suci ini demi
memartabatkan agama Allah SWT.
Mudah-mudahan
berkat doa dan usaha umat Islam seluruhnya dan dengan izin Allah SWT
jua, keputusan Mahkamah Rayuan nanti akan berpihak kepada umat Islam.
DATO
DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn TunDr Ismail KL
Baca sterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment