Jika
dulu dalam manifesto PR menjanjikan air percuma akan diberikan
disetiap negeri pentadbirannya, malangnya ia hanyalah satu permainan
sandiwara politik PR sahaja.
Kononnya
merialisasikan dan memperdagangkan negeri Selangor sebagai contoh
janji2 manis PR yang akan berjaya dilaksanakan demi mempengaruhi
minda orang ramai agar menyokong mereka.
Tetapi
kali ini Guan Eng dah membuat persediaan bagi masalah yang dijanjikan
kepada rakyat demi keuntungan wang ringgit yang berlipat ganda bagi
menambahkan lagi pendapatan keuntungan mereka.
Sudah
pasti ada muslihat disebalik janji2 manis yang ditaburkan, dah
dikhabarkan dulu bukan semudah bercakap saja. Semestinya keuntungan
akan diambil kira dahulu..!!!
Perbadanan
Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan
air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi
penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 September
ini.
Pengurus
Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan
menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai
terus menggunakan air secara berlebihan.
"Oleh
kerana bekalan air domestik disubsidi di negeri ini dan perkhidmatan
bekalan air adalah baik, orang ramai terus menggunakan air secara
berlebihan, bagaimanapun Pulau Pinang sebuah negeri yang kekurangan
air dan kita perlu fikirkan masa hadapan.
"Kedah
juga telah memberi amaran untuk mengenakan bayaran air mentah dan
kerajaan persekutuan belum memulakan kerja Projek Bekalan Air
(Mentah) Sungai Perak, oleh itu kita perlu memulihara air dari
sekarang untuk memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi menjelang
2020," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Beliau
berkata, PBAPP sudah tidak mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta
setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah
mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 302 l/k/h sehingga 30 Jun
2013 berbanding hanya 294 l/k/h pada 2012.
Katanya
berdasarkan Malaysia Water Industry Guide 2012, purata penggunaan
kebangsaan di Malaysia adalah 210 l/k/h.
Jaseni
berkata unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air penting di
Pulau Pinang tahun ini adalah sebanyak RM99.9 juta.
Menurut
beliau, peningkatan WCS tidak memberi kesan kepada 72 peratus
pengguna air domestik kerana penggunaan mereka kurang daripada 35,000
liter sebulan.
"Majoriti
pengguna air di Pulau Pinang tidak akan dikenakan WCS jika bil air
setiap bulan adalah kurang daripada RM21.40, WCS hanya memberi kesan
kepada pengguna domestik yang menggunakan air secara
berlebihan.
"Oleh
itu kita memerlukan kerjasama dan pembabitkan setiap orang untuk
menjimatkan air di rumah, kita mahu rakyat negeri ini sedar bahawa
air adalah sumber ternilai dan perlu digunakan dengan lebih bijak,
objektif utama adalah untuk memulihara air," katanya.
No comments:
Post a Comment