Robert
Kuok, satu nama yang tidak asing dalam dunia perniagaan. Beliau
berasal dari Fujian, China dan perkara itu tidak menjadi batu
penghalang kepadanya untuk menjadi orang terkaya di bumi Melayu. Nama
individu terkaya tidak terhenti di situ,ia disertai dengan nama Lim
Kok Thay, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Lee Shin Cheng, Yeoh Tiong
Lay, Tiong Hiew King dan tauke judi terkenal yang mempunyai pelbagai
networking politik iaitu Vincent Tan. Secara kolektif mereka adalah
10 individu terkaya di Malaysia.
Penguasaan
besar kaum Cina dalam ekonomi Malaysia menyebabkan tekanan kepada
penduduk asal, dalam konteks ini ia dikenali sebagai tekanan minoriti
dominan yang membawa maksud tekanan kelompok minoriti yang
mendominasi di tengah-tengah kelompok penduduk asal (indigenous) yang
majoriti.
Untuk
makluman, dominasi Cina berlaku hampir di setiap negara di Asia
Tenggara. Indonesia sebagai contoh mempunyai 3 peratus bangsa Cina
tetapi mereka menguasai hampir 70 peratus ekonomi Indonesia
yang mempunyai bilangan penduduk seramai 240 juta orang. Begitu juga
di Filipina, Profesor Amy Chua dalam bukunya bertajuk World On Fire
menyatakan etnik Cina Filipina hanyalah 1 peratus daripada
jumlah keseluruhan penduduk tetapi menguasai 60 peratus pasaran
ekonomi di Filipina.
Ia seperti kaum Yahudi seramai 14 juta yang
mengatasi keseluruhan 1.6 billion umat Islam.Di
Malaysia, ia tidak terkecuali. Dominasi masyarakat Cina bukan sesuatu
yang asing, daripada 10 orang terkaya di negara pada tahun 2013 hanya
1 sahaja Melayu. Penguasaan ekonomi jelas ditunjukkan oleh
bangsa Cina apabila hampir menguasai sektor pembinaan dan pelaburan
manakala pendapatan isi rumah Bumiputera, adalah yang terendah antara
tiga kaum terbesar di negara.
Dalam
dimensi lain, isu dominasi Cina mencapai tahap yang matang dan kini
bergerak kepada gelombang kedua apabila cuba menunjukkan kekuatan
politik. Dong Zong sebagai contoh menonjolkan sikap chauvinis dengan
jelas apabila membuat pola pengasingan rakyat dengan terus menyokong
sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Ketika
semua pihak sedar bahawa pendididikan adalah alat perpaduan nasional,
kumpulan Dong Zong dengan megah membuat pelbagai helah dan alasan
bagi mengelakkan integrasi kaum berjalan dengan kadar yang tinggi
menerusi sistem persekolahan satu aliran. Ironinya sistem sekolah
pelbagai hanya terdapat di Malaysia.
Besar
sungguh cabaran membesarkan anak-anak di masa depan dengan keadaan
yang multi-budaya, mungkin Dong Zong tidak membaca kajian yang
dilakukan Yew Yeok Kim (1982) apabila menyatakan bahawa masyarakat
Cina yang belajar dengan bahasa ibunda sukar bergaul dengan bangsa
lain bahkan lebih tebal perasaan kecinaan mereka. Adakah Dong Zong
langsung tidak memikirkan kestabilan masa depan negara?
Bukan
itu sahaja, ada juga yang berstategi licik seperti musang berbulu
ayam, apabila kuat ia menolak ke tepi orang Melayu yang kuat beragama
Islam. Isu perlantikan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak
yang diboikot oleh DAP bukan satu retorik politik tetapi ia
menunjukkan sikap sebenar puak ultra kiasu chauvinis Cina, mujur
undang-undang tubuh negeri Perak menyatakan hanya orang Melayu boleh
menjadi menteri besar bukannya bangsa lain.
Bukan mahu bersikap
rasis, tetapi belajar daripada sejarah, taktik dan strategi yang
digunakan untuk menyisihkan penduduk asal. Dahulu semasa Lee Kwan Yew
ingin mendapatkan sokongan Melayu dilantiknya Yusuf Ishak menjadi
presiden negara namun selepas era Yusuf Ishak terdapatkah lagi orang
Melayu yang menjadi pemimpin tertinggi negara republik itu?
Jawabnya
tidak. Inilah strategi mereka, mengunakan orang pada masa yang betul,
apabila tidak diperlukan lagi, dibiar dicampak dan merempat di bumi
sendiri! Itu belum menyentuh mengenai rekrut tentera dan anggota
keselamatan, jika disentuh sudah pasti kita dapat menilai di mana
nilai patriotisme dan kenegaraan pada kumpulan minoriti dominan.
Hakikat
sejarah yang perlu difahami semua pihak
Hal
ini terjadi kerana masyarakat sekarang tidak memahami
perjanjian kontrak sosial yang disepakati dulu. Sebagai balasan
kewarganegaraan kepada bangsa asing, terdapat hak tertentu yang perlu
diberikan kepada orang Melayu antaranya ialah hak agama Islam sebagai
agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, raja-raja
dan hak keistimewaan yang lain seperti hak tanah, biasiswa dan
jawatan di dalam kerajaan. Ini yang disepakati oleh bapa-bapa
kemerdekaan kita dan ia termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.
Orang Melayu perlu menyedari hakikat sejarah, penjajah datang ke
negara ini adalah untuk merobek kekayaan bumi, polisi laissez
faireBritish menjadikan minoriti dominan di hadapan, sektor
perniagaan diberikan sepenuhnya kepada bangsa asing manakala warga
tempatan diberikan perusahaan pertanian seperti padi yang sukar
ditanam (sistem pengairan tidak baik pada zaman dahulu dan faktor
tanaman mengikut cuaca).
Dasar
pecah dan perintah yang meletakkan minoriti dominan di bandar besar
terus mencengkam penduduk asal. Bukan kerana Melayu lemah tetapi
memang dasar penjajah yang tidak menginginkan Melayu untuk maju, jika
belajar cukup menjadi kerani, jika berniaga cukup menjadi petani.
Kesan daripada jahil sejarah ini maka berlakulah rentetan peristiwa
yang disebutkan di atas, maka tidak hairan ada pelajar minoriti
dominan yang menyaman Khazanah Nasional kerana gagal memberikan
biasiswa kepada mereka.
Langkah
ke depan
Dalam
menilai situasi Melayu yang dipukul badai bencana minoriti dominan,
pemimpin Melayu seharusnya menginsafi apa yang mereka lakukan
terhadap bangsa ini. Jiwa Melayu perlu kembali kepada institusi
pentarbiyahan supaya mereka kembali mempunyai kekuatan jiwa dan
kemahuan supaya dapat keluar daripada kemelut yang dicipta penjajah.
Ekonomi mandiri Melayu perlu diperkukuhkan, bahkan banyak perkara
perlu dilakukan demi memastikan survival Melayu terus kekal di bumi
mereka sendiri dan semua ini merujuk kepada kesepakatan politik
Melayu. "Melayu Sepakat Islam Berdaulat".
Baca
seterusnya : di
sini
No comments:
Post a Comment