Apabila
bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun
turut menjadi mangsanya.
Datuk
Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng
pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak
penganjur membayar wang perlindungan.
Di
kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan,
katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Zahid
memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai
pencegahan jenayah hari ini.
Zahid
tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua
pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang,
terutamanya dengan komen yang membina.
Katanya,
beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna)
media sosial.
Zahid
turut meminta supaya
"Jika
anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka,"
katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah
pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah
No comments:
Post a Comment