Petaling
Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di
sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi
masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran,
hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.
Lebih
membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ
dikatakan melebihi penduduk tempatan.
Jika
satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan
bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari
Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa
seolah-olah berada di luar negara.
Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.

WARGA
asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki
lima sejak tengah hari.
Tinjauan
Metro Ahad mendapati, kawasan berkenaan sentiasa dipenuhi pendatang
dengan rata-ratanya warga Afrika, China dan Indonesia yang
berkeliaran di kawasan terbabit.
No comments:
Post a Comment