Kerajaan
akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong
Zong).
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tidak ada
sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk
transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia
langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan
negara.
"Dong
Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana
katanya pelan ini hendak menghapuskan bahasa Cina. Saya cabar mereka
untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita
hendak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.
"Tetapi
entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini
suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan
mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.
"Kerajaan
hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang
sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke
tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri
Pendidikan.
Muhyiddin
berkata, pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap
pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada
yang menganggapnya demikian.
Sehubungan
itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela
perjuangan bahasa Melayu, pelan itu akan tetap dilaksanakan tanpa
rasa terganggu, tergugat dan takut sedikit pun.
Katanya,
kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli
dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi
perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan
sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini.
Beliau
berkata, jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu,
negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara maju
yang lain di dunia.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment