Screenshot: “Murder
victims” kata keterangan gambar The
Star(21
Ogos 2013).
Suratkhabar
milik MCA itu(lihat
bawah)merujuk
kepada mayat lima lelaki India – yang sedang diusung keluar –
sebagai “mangsa pembunuhan [polis]“.
Mereka
ditembak mati ketika satu serbuan ke atas pangsapuri yang diduduki
mereka.
Belia-belia
India itu “dibunuh” – mengikut kata The
J-Star–
polis beberapa hari lepas di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Akhbar itu
memaparkan laporan-laporan pada muka depan (20 Ogos) dan mukasurat 3
(tiga rencana disiarkan pada 20 Ogos tentang kejadian) serta
mukasurat 4 (lima rencana disiarkan pada 21 Ogos).
Rencana The
J-Star menyebut
lima orang “murder victims” telah dibunuh polis
Prihatin terhadap nasib kaum India
MCA
sebenarnya membiarkan sahaja akhbar milik parti Cina itu untuk
membuat liputan berita ikut budi bicara pengarangnya.
Seorang
bekas pengarang urusan The
Star,P.
Gunasegaram, pernah mendedahkan: “The
Star is
owned by the MCA and run
by the MIC
for the benefit of the DAP.”
The J-Star sememangnya pro-DAP
Timbalan Presiden MCA mempertahankan keputusan partinya untuk membenarkan akhbar milik mereka berada di luar kawalan serta pengaruh BN.
Timbalan Presiden MCA mempertahankan keputusan partinya untuk membenarkan akhbar milik mereka berada di luar kawalan serta pengaruh BN.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tampil mempertahankan pemilikan parti itu ke atas akhbar The Star, dengan menyatakan bahawa ia tidak campurtangan dalam dasar editorial akhbar harian berbahasa Inggeris itu.“Walaupun MCA memiliki sebahagian daripada saham dalam The Star, tetapi ini tidak bermakna MCA campurtangan dalam kebebasan akhbar,” kata Liow.Ditanya sama ada sesuai untuk sebuah parti politik memiliki sebuah akhbar harian sebagai medianya, Liow berkata, setiap unit dalam The Star mempunyai autonomi sendiri dari segi operasi di bawah pasaran bebas. — sumber Malaysiakini (21 Ogos 2013)
Bunyi The J-Star pun mirip Malaysiakini
Tajuk
berita The
J-Star pada
21 Ogos 2013 berbunyi: ‘Grand
send-off for five killed in shootout‘
manakala tajuk berita Malaysiakini ialah
‘Grand
funeral for one of five shot dead‘.
Laporan The
J-Star berciri
“Cili kasi taruh”. Tajuk berita akhbar itu ialah ‘Penang
cops gun down 5 members of notorious gang‘ (lihat
screenshot atas). Suratkhabar
MCA itu mengandaikan bahawa 5 orang lelaki India itu berupa ahli
“geng” serta ditokok-tambah bahawa geng mereka adalah
“notorious”.
Sebagai
perbandingan, tajuk berita FMT (19
Ogos 2013) – ‘Five
shot dead in Penang‘
– adalah lebih mematuhi etika kewartawanan kerana tidak dibubuh
rencah ikut selera sensasi dan ikut hati.
Liputan
kelmarin oleh akhbar Harian
Tamil Malar,
m/s 3
Butir-butir kejadian
Yang
ditembak mati polis ialah:
- Gobinath Jayasooryam, 31
- Ramesh Raganathan, 27
- Suresh Murugasen, 25
- Vinut Anbalagan, 23
- Gobinath Myavanam, 21
Mati katak
Kemusykilan: Polis
mendakwa bahawa belia-belia itu adalah “gengster” merbahaya.
Sekiranya polis yakin dan sudah mengenalpasti identiti mereka semua,
kenapa pula boleh salah seorang daripada mereka itu di’salah’
tembak?
Rupa-rupanya
kad pengenalan Vinut Anbalagan dipegang oleh seorang lelaki India
berumur 25 tahun bernama Rakan Nagaiah.
Jadi
adakah polis telah tersilap sasaran? Bermakna yang hendak ditembak
polis itu Vinut dan bukannya Rakan. Ataupun ia Rakan dan bukannya
Vinut? Apakah jenayah yang dilakukan oleh kedua-dua Vinut dan Rakan
adalah jenayah yang sama?
Ataupun
hanya salah seorang daripada mereka (sama ada Vinut atau Rakan) yang
terlibat dalam jenayah?
Sekiranya
betul polis telah lama menjejaki suspek, kenapa pula boleh polis
salah mendedahkan nama si mangsa kepada pemberita? Hanya apabila
saudara-mara menuntut jenazah di hospital barulah mix-up dari
segi identiti Vinut dan Rakan diketahui.
Adakah
seorang lelaki muda telah mati katak kerana polis sendiri bertindak
melulu tanpa memastikan keadaan?
Shoot to kill
Pangsapuri
yang diserbu itu terletak di tingkat 11.
Skuad-skuad
polis boleh mengawal ketat pintu, lif dan tangga. Suspek tidak akan
mampu melarikan diri kerana unit pangsapuri adalah tinggi dan
tersekat. Lagipun serbuan dilakukan pada kira-kira 4.30 pagi tatkala
semua orang sedang lena tidur.
Persoalan: Kenapa
kelima-lima suspek SEMUA ditembak mati? Tidakkah pelaksanaan
undang-undang di negara kita mengkehendaki bahawa seseorang tertuduh
diberikan peluang untuk membela diri di mahkamah?
Sekiranya
dianggap bersalah pun, ada perlu ‘due process’ terdahulu, yakni
dengan pengadilan didengar oleh hakim serta pihak pendakwa raya
diwajibkan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi, bukan?
Tetapi
kenapa pula polis dikhabarkan telah tutup kamera litar tertutup
(CCTV) sebelum memulakan Operasi Cantas di pangsapuri itu?
Shot at point blank range
N.
Surendran, naib presiden PKR berkata beliau ditunjukkan gambar-gambar
lelaki yang maut itu dan beliau nampak bahawa ada di antara mereka
yang ditembak dua kali di kepala sementara yang lain mempunyai lebih
daripada enam kesan-kesan tembakan (ekoran polis melepaskan das
tembakan bertubi-tubi).
Adun
DAP Sri Delima iaitu RSN Rayer juga mengesahkan bahawa si mati telah
ditembak di kepala, muka, leher/tengkuk (“neck”) dan bahagian
dada.
Adakah
telah berlaku ‘shootout’ (berbalas-balas tembakan) sepertimana
yang didakwa polis?
Pengerusi
Hindraf P. Waytha Moorthy berkata dalam kenyataannya:
“Looking at the photos I do not think anyone with the right frame of mind would believe that there was actually a shoot-out between the Police team and the suspects.
“According to the statement by the Police, their members acted in self-defence. Looking at the photos and the injuries, it appears the suspects were shot at close range.
“The public has been observing the statements of police closely over the years
“Each time the police appear to be giving a standard answer- that they were shot at and they acted in self-defence. But the injuries do not describe a situation of shoot-out. The photos show they were shot at point blank.
“The
IGP’s statement that they have conducted ballistic tests which
linked the weapons to 10 other murder cases is shocking. One wonders
how such tests could have been carried out at super speed and even if
that was possible how it could be linked to 10 previous murders so
hastily.
“The
people no longer believe the standard answers of self defence story
by the police.”
“The people no longer believe the standard answers of self defence story by the police.”
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment