Datuk
Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek hab
makanan Cina Bukit Bintang.
Utusan
melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengecam kaum Cina
dengan mempertikai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
untuk membina hab makanan Cina betaraf antarabangsa di Jalan Alor,
Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Melaluii
kolumsinya, Awang Selamat, Utusan mempertikaikan "Mengapa tidak
diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum
tertentu sahaja. Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab
makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep berkenaan
di ibu negara.
"Perlu
diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan
bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah
hakikatnya," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini
mengulas tentang projek bernilai RM12 juta itu sambil menempelak DBKL
kerana hanya memfokuskan keutamaan satu kaum.
Beliau
menjelaskan projek berkenaan wajar menerima banyak bantahan dari
badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu ianya dibatalkan.
Katanya,
banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar,
Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung pembinaan hab makanan Cina
itu.
Awang
menegaskan alasan projek itu akan menaik taraf dan memajukan Jalan
Alor sebagai tarikan pelancong, kurang meyakinkan.
"DBKL
perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah menebal apatah
lagi diwarnai kawasan itu seolah-olah mahu dijadikan seperti bandar
Hong Kong.
"Lagi
pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong
kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan
menghargainya," katanya.
Sumber
: Utusan
No comments:
Post a Comment