Sejak
2008 menjelang sahaja September, rakyat Malaysia akan mengingati dua
perkara iaitu Hari Malaysia dan pembohongan besar Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tinggal
beberapa hari sahaja lagi tarikh keramat tersebut, Anwar dan 16
September bagai irama dan lagu…, bagai aur dengan tebing.
Seolah-olah ianya tidak dapat dipisahkan dan tahun ini bolehlah
dianggap tahun kelima ulang tahun peristiwa berkenaan.
Apakah
ketua Pembangkang sudah lupa peritiwa tersebut? Kalaupun Anwar
terlupa atau buat-buat terlupa hakikatnya seluruh rakyat Malaysia
tidak akan melupakan pembohongan terbesar dalam sejarah negara itu.
Ini
kerana Anwar bukan saja sekadar berbohong kepada rakyat, tetapi
beliau juga sanggup menjual nama yang Di Pertuan Agong kononnya telah
memberikan restu kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, sekiranya
beliau berjaya ‘membeli’ 30 Ahli Parlimen BN untuk menyebelahi
beliau.
Malah
turut mendakwa mendapat sokongan dari Panglima Angkatan Tentera.
Tidak ketinggalan juga ramai di kalangan pemimpin pembangkang
sendiri ditipu hidup-hidup dengan dijanjikan jawatan Menteri dan
Timbalan Menteri hingga ada di antara mereka sudah pun menempah
pakaian “suit” untuk majlis angkat sumpah jawatan.
Hingga
ke tarikh tersebut, Anwar terus menyatakan keyakinan bahawa
pembangkang sudah ada cukup bilangan ahli Parlimen BN yang akan
melompat parti bagi membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan.
Bukan
saja di negara malah perkara ini turut dicanang dan mendapat
perhatian meluas dari media-media antarabangsa.
Paling
melucukan apabila tiba saat dan ketika tarikh 16 September selepas
menipu satu dunia maka alasan yang diberikan adalah Perdana Menteri
ketika itu enggan memanggil satu sidang khas parlimen.
Paling melucukan apabila tiba saat dan ketika tarikh 16 September selepas menipu satu dunia maka alasan yang diberikan adalah Perdana Menteri ketika itu enggan memanggil satu sidang khas parlimen.
Satu
Malaysia tertanya-tanya logik alasan itu. Tanpa mendedahkan 30
nama ahli parlimen BN yang dikatakan hendak melompat parti kenapa
pula perlu diadakan satu sidang khas parlimen.
Mungkin
30 nama ahli parlimen itu sudah dimasukkan dalam enam kotak rahsia
yang dijaja sejak sekian lama kononnya mempunyai bukti penyelewengan
rasuah yang dilakukan pemimpin kerajaan. Maka hanyutlah nama-nama
ahli parlimen tersebut bersama enam kotak-kotak rahsia itu.
Justeru
sempena ulang tahun kelima pembohongan mega dalam sejarah negara pada
16 September ini marilah seluruh rakyat melihat dan memahami secara
jelas cara permainan politik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang
itu yang amat kotor dan sanggup berbuat apa saja demi untuk
mendapatkan kerusi Perdana Menteri di negara ini.
Kita
yakin bahawa rakyat hari ini sudah tahu siapa dan bagaimana caranya
Anwar Ibrahim berpolitik dan sudah pasti rakyat tidak lagi
mudah terpengaruh dengan menelan bulat-bulat segala kata-kata Anwar.
Ini
kerana sudah terbukti, bahawa apa saja agenda politik yang keluar
dari mulut beliau hanyalah satu pembohongan semata-mata yang
sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah bagi rakyat dan negara,
kecuali terhadap survival politik beliau semata-mata.
Alhamdulillah
kerajaan yang ditunjangi BN masih lagi memerintah dan terus diberikan
kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui negara pada pilihan raya umum
ke-13 yang lalu.
Sementara
Anwar… sehingga ke hari ini masih kekal juga sebagai Ketua
Pembangkang dan berterusan dengan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan
dan kepimpinan negara maka adalah baik kita membiarkannya terus
menjadi sesumpah politik bak kata pepatah “biarkanlah Luncai terjun
dengan labu-labunya”.
Selamat
Hari Malaysia ke-50!
UMNO online
No comments:
Post a Comment