Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di New York
berjumpa dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Al Gore dan
berforum di badan pemikir AS, Council Foreign Relation (CFR).
Twitter
Anwar 10 jam lalu menyebut, Anwar bermesyuarat dengan Al Gore dan
Mary Robinson di pejabat CFR berjumpa dengan Richard Haas dan Robert
Rubin (bekas Setiausaha Kewangan AS).
Al
Gore merupakan Pengerusi Generation Investment Management (GIM)
merupakan individu yang lantang
menyokong perkahwinan sejenis.
Richard
Haas pula merupakan pengerusi CFR, badan pemikir yang turut melantik Anwar sebagai diplomat jemputan untuk organisasi mereka.
Wartawan
Malaysiakini, Kuek
Ser Kuang Keng dari New York melaporkan Anwar telah memberi
amaran kepada kerajaan Malaysia dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) agar
tidak melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
“Jika
mereka meneruskan (dengan persempadanan itu), akan ada masalah. Saya
boleh berjanji kepada anda, di Parlimen dan di luar Parlimen , kami
akan menjadikan ia satu isu utama, kita tidak akan mengalah ,”
katanya.
Mengikut
Perlembagaan, SPR perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya
baru ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan, setiap lapan hingga 10
tahun sekali.
Kali
terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum
2004.
Kini,
masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu
terpaksa membuat persempadanan tersebut.
No comments:
Post a Comment