Pada
15 September lalu, akhbar Nanyang Siangpau memaparkan pendapat
tulisan individu bernama Phang Sin Cai yang mahu 'selarikan' sejarah
orang Cina di Tanah Melayu.
Hujahnya
tentang sejarah dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan rakyat
tentunya sesuatu yang baik untuk negara tetapi terdapat beberapa ayat
membawa maksud tersirat yang diselitkan penulis dan boleh mengundang
persoalan tujuan sebenar artikel itu dikongsi kepada umum.
Sin
Cai membuat hujah persatuan Cina perlu 'menyelaraskan rekod sejarah'
untuk tatapan generasi muda Cina khususnya di sekolah-sekolah
vernakular, umpama rekod sejarah yang diajar di semua sekolah kini
salah dan perlu 'diubah suai'.
Antara
perkara yang menimbulkan persoalan termasuk cubaan penulis ini
mengetengahkan 'pejuang daerah Setiawan' ketika isu Chin Peng mahu
'pulang' ke kampung halamannya itu menjadi perdebatan ramai.
Isu
'pejuang daerah' turut dikaitkan dengan penubuhan 100 tahun persatuan
Cina, Sejarah Cheng Ho yang dikatakan menjangkau 600 tahun dan Bukit
Cina, Melaka yang 'dikunjungi' jutaan pelancong dari China setiap
tahun.
Adakah
pendapatnya itu secara halus mahu menguatkan agenda segelintir pihak
mahu menukar status orang Cina di negara ini juga sebagai kaum
Bumiputera?
Ada
yang akan katakan ini cuma 'terlebih sensitif' terhadap pendapat
seorang individu Cina tetapi penulisannya tentang pepatah 'tiada
orang Cina, tiada bandar', beserta petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang didakwanya menyokong pepatah itu membuatkan artikelnya
itu berubah nada.
Jika
benar ini antara cara halus mengubah sejarah untuk 'menjadikan' orang
Cina sebagai bumiputera, maka nyata dengan sengaja ia mengabaikan
fakta bumiputera hanya untuk penduduk kepulauan Nusantara (Malay
Archipelago) dengan sejarah cara hidup serta penempatan ribuan tahun,
bukannya mereka yang berhijrah ke rantau ini 'ratusan' tahun dahulu.
Cubaan
mengubah status orang Cina sebagai 'pribumi' juga umpama satu
penghinaan kepada kaum Cina yang memegang teguh bahasa, budaya dan
tradisi nenek moyang mereka yang diwarisi daripada sejarah lebih
2,000 tahun tamadun China.
Orang
Cina ketika itu dibawa masuk penjajah untuk membantu ekonomi orang
Inggeris dan selepas merdeka, mereka mewarisi penguasaan ekonomi
negara.
Kepada
pihak yang mahu 'menulis semula' sejarah orang Cina di negara ini
menerima dahulu yang buruk bersama yang baik, bukannya membuat
tafsiran sendiri.
"Lahir
di sini tidak memberikan hak kerakyatan, oleh itu tidak boleh kata
penderhaka seperti Chin Peng sebagai pejuang. Jika mahu selaras
sejarah, kena terima asas utama mereka bukan pribumi dan datang dari
wilayah lain.
"Banyak
juga fakta dalam sejarah yang kita tidak tulis seperti
penjahat-penjahat berbangsa Cina yang kononnya pelombong, golongan
gengster, pelacur, tauke penindas buruh Cina dari tanah besar China
dan banyak lagi. Mereka kena terima fakta ini sama, bukan yang
baik-baik sahaja," ujarnya.
Sejarah juga menunjukkan ideologi komunis dikembangkan di Tanah Melayu sebelum
merdeka kerana mahu membalas dendam terhadap Jepun yang menakluk
sebahagian wilayah China pada 1931 dan bukannya untuk perjuangkan
kemerdekaan negara.
Sejarah Melaka menunjukkan orang Cina menjadi tali
barut Portugis menyerang Melaka dengan memberi tongkang mereka kepada
tentera penjajah dan membantu British hingga berjayanya Perjanjian
Pangkor.
Selanjutnya
Baca : Di sini
No comments:
Post a Comment