Oleh
rmf
HARI
INI, , perbicaraan akhir rayuan nama Allah yang akan berlangsung
selepas Mahkamah Rayuan bulan lalu menolak permohonan gereja untuk
mengenepikan permohonan rayuan oleh pihak kerajaan.
Mudahan
pada hari ini kita selaku umat Islam akan beroleh kemenangan . Amenn.
Siapakah
Dalang yang sebenarnya, Biar gambar menceritakan semuanya, Akal
diberikan oleh Allah untuk kita memikirkan segalanya, Jangan kerana
dendam kesumat didalam hati kita menerima semuanya termasuk bab isu
agama yang hendak dipijak pijak kan oleh bangsa lain.
Rev.
Dr. Eu Hong Seng (anak panah) ketika bertemu Anwar di Gereja Luther,
Petaling Jaya pada Januari 2010. Turut hadir, Bishop Phillip Lok dari
Lutheran Church di Malaysia & Singapore (kiri), Bishop Ng Moon
Hing dari Anglican (baju warna ungu pakai salib) dan Father Thomas
Phillips dari gereja Roman Khatolik (kanan)
Tika
ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut
dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang
telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari
Manifesto PR.
Tambah
mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu
turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Lebih
parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan “Pakatan
Harapan Rakyat” dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di
SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung
kontroversi isu kalimah Allah.
Ketua
Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu
untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan
Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu
hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan
Presiden PAS.
Maksudnya,
PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan
perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran,
akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia
seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.
Anwar
juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang
disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani
sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar
mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR
disebabkan Hadi.
PAS
patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun
kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan
Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja
menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.
Anwar
memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan
kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan
cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab
spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.
Pun
begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah
melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau
tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8
Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui
PAS dan PR.Klik
sini
Sejak
dari nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad saw, para nabi dan rasul
menyeru manusia mentauhidkan Allah swt. Kasihnya mereka kepada Allah
swt sehingga mereka berhujah kepada puak kafir tentang keesaan Allah
swt. sekali gus mengajak kepada islam.
Kenapa
pada hari ini sebahgian dari umat islam mengatakan tiada masalah
untuk share kalimah ini. Bagaimanakah hubungan mereka ini dengan
Allah swt.? Jika puak kristian mengatakan bahawa mereka telah
menggunakan kalimah ini sejak 500 tahun dahulu (mengikut maklumat
dalam web kristian)
Maka
pernahkah orang-orang islam menentangnya secara terbuka dalam
mahkamah atau debat atau dakwah? Mungkin tidak kerena puak kristian
ini menggunakan kalimah ini dalam gereja atau upacara keagamaan
bersamaah mereka sahaja sehingga mereka menganggap penggunaan
kaliamah ini sebagai normal.
Tidak
di soal, tidak disanggah, tidak didakwah. Tentangan ini tidak berlaku
dinegara-negara Timur Tengah, Indonesia, Pakistan Afrika apabila ia
digunakan.
Tetapi
apabila ia berlaku di bumi Malaysia, maka umat islam, islam yang
benar-benar islam menentangnya. Inilah tanah airku, bumi bertuah,
bumi yang diberkati, semoga Allah swt.merahmati kita semua
No comments:
Post a Comment