Akhbar
Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan
begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel
bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”. Kita
sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga
akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan
prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.
Sehubungan
dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan
secara terang-terangan membawa agenda DAP.
Tanpa
memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut
mengajak rakyat mengambil serius masalah ini. Pendirian
akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian
pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.
Setakat
ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela
kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan
mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku
balas membalas tembakan.
Keadaan
bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa
seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah
dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang.
Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap lelaki berkenaan di
Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara
ini.
Perkembangan
ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak
atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang
Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan
kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India
adalah yang paling ramai.”
Memandangkan
kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak
hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia
dijuarai oleh kaum Cina.
Walaupun
DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan
DAP dengan kumpulan gangster. Peningkatan aktiviti dan
perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat
perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan persepsi
rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster. Justeru,
rakyat langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela
gangster.
Namun,
apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum
India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai
mereka.
Nampaknya,
strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan
menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang melepasi
jangkaan atau perancangan mereka. Maka tidak hairanlah Nanyang
Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina
(DAP).
Kita
sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam
parti mereka. Berbagai cara dilakukan termasuk menipu dan
memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain Cina tidak terpilih
sebagai pemimpin pusat. Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum
bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak
bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.
Justeru,
kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi
gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.
Jika
sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA,
tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan
keperluan kepada Akta Pencegahan 1959. Turut dicadangkan
ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya)
pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam
negara.
Kini
terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri
adalah penting untuk keamanan negara. Terbukti juga bahawa
idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta tersebut adalah idea
yang tidak bijak serta membawa kemusnahan.
Kini,
pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta
pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di
sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari
Akta yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan
aktiviti gangsterisme atau kongsi gelap sebelum ini.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment